Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

194) EMPANGAN AIR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan paras air terkini semua empangan di Selangor

    Berdasarkan rekod data pemantauan ‘Integrated Water Resources Information System, IWRIMS LUAS’, adalah didapati paras air di tujuh(7) empangan Negeri Selangor dalam keadaan baik dan jangka hayat takungan empangan mampu menampung bekalan air bagi semua muka sauk melebihi tempoh tiga (3) bulan akan datang. Perincian paras air empangan di Negeri Selangor sehingga 13 Julai 2017 adalah seperti berikut :

    Bil. Empangan Paras air (m) Kapasiti Takungan (%) Jumlah

    Kapasiti

    (Juta Meter Padu)

    1. Batu        100.11

     

    83.11 26.57
    2. Semenyih 111.04 100.25 59.22
    3. Sungai Langat 221.06 100 34.10
    4. Klang Gates 95.98 100 25.34
    5. Sungai Selangor 220.18 100 230
    6. Tasik Subang 38.11 95.32 4.01
    7. Sungai Tinggi 59.54 100.27 114.81
  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membina empangan baru disebabkan peningkatan penggunaan air di Selangor?

    Berdasarkan peningkatan kadar permintaan air di Negeri Selangor dan Lembah Klang bagi bekalan air domestik dan industri, Kerajaan Negeri berpandangan pendekatan penggunaan  kolam takungan hiliran (Downstream Storage) dan ‘OffRiver Storage, ORS’ yang mana juga adalah berfungsi seperti empangan di hilir lebih bersesuaian untuk dilaksanakan dan ianya juga adalah cost-effective. Konsep ORS ini mengaplikasikan kolam sumber air alternatif sedia ada berhampiran sungai sebagai medium penstoran air bagi tujuan bekalan kepada

    Loji Pembersihan Air (LPA). Sehubungan itu, beberapa inisiatif telah dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi memastikan bekalan air mencukupi seperti berikut :

    1. Pelaksanaan Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) di Bestari Jaya dengan kapasiti sehingga 1,000 juta liter sehari (JLH) yang telah berjaya meningkatkan kapasiti Sungai Selangor semasa paras air rendah bagi operasi muka sauk LPA Sungai Selangor;
    2. Pembangunan ‘Hybrid of River Augmentation System, HORAS 600’ dengan kapasiti 600 Juta Liter/Hari untuk dibekalkan kepada LPA Sungai Selangor yang kini diperingkat pelaksanaan;
    3. Pembangunan LPA Labohan Dagang dengan kapasiti 400 JLH menggunakan konsep ORS di Sungai Langat yang kini diperingkat pelaksanaan; dan
    4. Pembangunan LPA Semenyih 2 dengan kapasiti 100 JLH menggunakan konsep ORS di Sungai Semenyih yang kini diperingkat pelaksanaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.