Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
128) ELAUN SARA HIDUP NELAYAN & PETANI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah elaun ini diteruskan untuk tahun ini dan berapakah jumlah elaun tersebut.
- Sehingga kini Elaun Sara Hidup tidak diberikan kepada golongan petani tetapi Elaun Sara Hidup Nelayan yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi tahun 2019 masih diteruskan dengan pengurangan nilai bantuan dan beberapa penambahbaikan. Mulai 1 Januari 2019, bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan diteruskan dengan kadar RM200 sebulan kepada nelayan yang aktif mengikut kategori seperti berikut:-
BIL. KATEGORI PENERIMA KADAR BAYARAN 1. Pemilik zon A (Individu) RM200 2. Pemilik zon A (Bot Tranformasi) RM200 3. Awak-awak zon A RM200 4. Awak-awak zon B RM200 5. Awak-awak zon C RM200 6. Awak-awak zon C2 RM200 Pemansuhan bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan dibuat bagi kategori Pemilik Vesel Komersial Zon B, Pemilik Vesel Komersial Zon C dan Pemilik Vesel Zon C2.
-
Apakah sebab elaun ini diberhentikan sebelum ini dan mengapa tiada pemakluman kepada penerima?
- Elaun Sara Hidup Nelayan diberhentikan hanya kepada nelayan-nelayan yang tidak melepasi proses pemutihan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Pemakluman kepada nelayan telah dibuat bagi nelayan yang tidak lagi menerima Elaun Sara Hidup Nelayan secara berperingkat (pemutihan) dan melalui surat makluman kepada Persatuan Nelayan Kawasan. Selain itu, Y.B. Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani juga telah membuat beberapa kenyataan di media manakala Ketua Pengarah LKIM juga telah mengeluarkan pekeliling yang berkaitan.
-
Nyatakan bilangan penerima elaun tersebut mengikut DUN