Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

158) ELAUN KHAS BILAL DAN SIAK

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menaikkan elaun bilal dan siak masjid-masjid di Negeri Selangor yang terlalu rendah ketika ini?

    Kerajaan Negeri akan membuat pertimbangan berdasarkan kepada keupayaan kewangan dari semasa ke semasa. Ketika ini, pembayaran elaun berkenaan adalah hasil sumbangan Majlis Agama Islam selangor (MAIS) melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS).

  2. Adakah peruntukan secara ‘one-off' kepada bilal dan siak sebagai saguhati jika tiada kenaikan elaun mereka?

    Peruntukkan “One Off“ kepada bilal dan siak tersebut telah dibuat melalui sumbangan Insentif Aidilfitri yang telah diberi mulai tahun 2019 dan tahun 2020 dengan jumlah RM1,092,000.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU JUTA SEMBILAN PULUH DUA RIBU SAHAJA) . Walau bagaimanapun, peruntukan pada masa akan datang bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.