Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

378) ELAUN KETUA KAMPUNG DAN MPKK

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah elaun terkini ketua kampung tradisi,ketua kampung baru serta ketua kampung india(kki) dan juga berapakah elaun yang diberikan untuk mesyuarat ketua kampung?

    Berikut adalah elaun bulanan yang layak diterima oleh Ketua Kampung Tradisi, Pengerusi Kampung Baru/Bagan/Tersusun dan Ketua Komuniti India:

    Jenis Elaun

    Kadar Elaun

    Elaun Pengerusi MPKK

    RM1,500.00

    Elaun Menghadiri Mesyuarat/ Majlis Rasmi (Pengerusi sahaja)

    RM40.00 x 10 kali

    JUMLAH

    RM1,900.00

  2. Adakah jawatankuasa MPKK juga mendapat sebarang elaun?

    1. Selain daripada Ketua Kampung Tradisi dan Pengerusi Kampung Baru/Bagan/Tersusun, hanya Setiausaha MPKK yang layak menerima elaun (tidak terpakai untuk Ketua Komuniti India). Elaun-elaun yang berkenaan adalah seperti berikut:
    Jenis Elaun

    Kadar Elaun

    Elaun pengendalian mesyuarat

    RM100.00

    Elaun Bantuan Kewangan Pentadbiran

    RM100.00

    (Kampung Tradisi)

    RM150.00

    (Kampung Baru/Bagan/Tersusun)

    Elaun Setiausaha

    RM500.00

    Elaun Hadir Mesyuarat (11 Biro)

    RM50.00

    (Kampung Baru/Bagan/Tersusun)

  3. Berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk ketua kampung ataupun MPKKbagi program yang dijalankan setiap kampung?

    Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan bagi penganjuran program MPKK berjumlah RM20,000.00 bagi setiap satu kampung di 373 Kampung Tradisi yang merangkumi peruntukan berjumlah RM7,460,000.00. Begitu juga bagi 77 Kampung Baru/Bagan/Tersusun setiap satu kampung menerima RM20,000.00 yang merangkumi peruntukan berjumlah RM1,540,000.00. Peruntukan ini disalurkan secara terus kepada Pejabat Daerah dan Tanah pada awal tahun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.