Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
88) ELAUN KEPADA KOORDINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah pihak kerajaan tidak meletakkan satu tarikh khas untuk membayar elaun kepada Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI)?
Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) dilantik melalui Skim
Perkhidmatan Singkat (SPS) atau lebih dikenali sebagai contract for service. Terdapat perbezaan antara lantikan secara SPS dengan Skim lantikan yang lain berdasarkan Garis Panduan yang diedarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada semua jabatan bertarikh 30 April 2009.
Garis Panduan tersebut antara lain menyebut tentang status perkhidmatan SPS seperti berikut:
- Pelantikan tidak menjadikan individu tersebut sebagai seorang pegawai awam dan pelantikan SPS merupakan kontrak pembelian perkhidmatan daripada seseorang individu oleh kerajaan;
- Pelantikan ini tidak layak untuk dijadikan asas untuk menyokong permohonan supaya dilantik secara tetap, sementara atau kontrak
(contract of service);
Merujuk kepada garis panduan pelantikan KPMI secara SPS itu, Jabatan tidak terikat untuk memastikan pembayaran elaun KPMI dan guru-guru mengikut gaji kakitangan awam Kerajaan Negeri Selangor iaitu secara tetap pada tarikh tertentu. Pembayaran elaun KPMI dan guru-guru akan dibuat selepas jabatan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan melalui laporan yang dikemukakan secara bulanan.
Namun begitu, pihak jabatan akan mengemukakan permohonan bayaran diproses sebelum atau pada 15haribulan pada setiap bulan. Sekiranya tiada sebarang isu teknikal timbul, pembayaran akan diterima pada dalam jangka masa dua minggu daripada tarikh permohonan pembayaran dikemukakan.