Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
173) ELAUN IMAM, BILAL, SIAK MASJID DAN GURU KAFA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah elaun Imam, Bilal dan Siak masjid-masjid akan diberi tambahan sebagaimana elaun terdahulu?
Tiada kepastian, ianya bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan Negeri. Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih mengekalkan elaun tambahan bulanan imam berjumlah RM450 yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016 dan 2017.
Manakala elaun bulanan bilal dan siak masih lagi dibayar menggunakan peruntukan LZS dengan pecahan seperti berikut:
Perkara Jumlah (RM) Bilal 1 290.00 Bilal 2 200.00 Siak 1 240.00 Siak 2 150.00 -
Adakah elaun untuk Guru-guru KAFA ditambah atau dikekalkan seperti sebelum ini?
Buat masa ini elaun guru KAFA masih dikekalkan seperti sedia ada.