Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

288) ELAUN GURU SRA DAN KAFA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Guru-guru SRA menerima elaun, bukannya gaji seperti kakitangan-kakitangan kerajaan lain. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa perancangan untuk menukar terma elaun di dalam surat lantikan kepada gaji agar mereka boleh menikmati elaun-elaun serta kenaikan gaji setaraf dengan kakitangan kerajaan yang lain?

    Buat masa ini, telahpun melaksanakan standard yang digunapakai oleh semua negeri mengenai guru KAFA. Buat masa ini, guru KAFA berstatus Contract for Service di Negeri Selangor dan mendapat beberapa keistimewaan jauh lebih baik contohnya kelayakan cuti bersalin, cuti mengerjakan haji dan juga menerima caruman KWSP dan PERKESO.

Lampiran

Tiada Lampiran.