Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

246) ELAUN GURU KAFA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008 muka surat 14: ÒPada pendapat Audit, pembayaran elaun Guru KAFA adalah tidak memuaskan walaupun Kerajaan Negeri telah menaikkan elaun berjumlah RM1,000 mulai bulan Januari 2009Ó. Audit dalam muka surat 13 juga menyatakan: ÒGuru KAFA yang mengajar 70 jam sebulan sepatutnya menerima RM1,458 sebulanÓ. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 56, Para 2.5.3.5: ÒBayaran Guru KAFA adalah berbentuk elaun dan tanggungjawab JAKIM dan Kerajaan Negeri yang boleh menambah elaun. Akan mengadu kepada pihak berkuasa sekiranya usaha yang dibuat gagalÓ. Apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Jabatan bagi memenuhi piawaian Audit di atas?

    Elaun KAFA di Selangor adalah paling tinggi berbanding negeri lain. Kerajaan negeri telah menambah elaun KAFA sebanyak RM 500 bagi setiap guru KAFA menjadikan jumlah elaun RM 1000 sebulan. Kerajaan negeri juga akan turut menaikan elaun guru KAFA kepada RM 1300 sebulan sesuai dengan pengistiharan kerajaan Persekutuan menaikan elaun KAFA kepada RM 800 iaitu kenaikan sebanyak RM 300 sebulan mulai 1 Januari 2011.

  2. Berapakah jumlah penambahan peruntukan sekiranya garis panduan bayaran RM1,458 sebulan mahu dilaksanakan terhadap guru-guru KAFA berkenaan?

    Jumlah peruntukan tambahan yang diperlukan kepada 6236 orang guru KAFA sekiranya meningkat dari RM1000.00 kepada RM1,458.00 ialah RM 34 juta.

  3. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memenuhi sasaran elaun RM1,458 sebulan bagi guru-guru berkenaan?

    Sama seperti di SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.