Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
202) ELAUN ATLET SUKSES
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan elaun yang dikeluarkan untuk atlet SUKSES?
Kerajaan Negeri Selangor (KNS) melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah menjadikan Sukan Selangor (SUKSES) sebagai sukan dwi tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 1995. Kejohanan SUKSES ini merupakan kejohanan sukan antara semua daerah di Negeri Selangor. Sebagai badan induk, pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah memperuntukkan kepada Majlis Sukan Daerah (MSD) untuk menyediakan sebanyak RM 5,000 setiap sukan, RM 20,000 setiap daerah dan ianya disalurkan kepada pihak MSD masing-masing pada tahun 2015 ini dan Ianya adalah tanggungjawab setiap kontinjen daerah untuk menguruskan pasukan daerah masing-masing. Pihak Majlis tiada peruntukan yang dikhaskan untuk diberi kepada setiap atlet daerah.
-
Bagaimanakah kaedah pengagihan elaun kepada atlet?
Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) tiada kaedah khas yang ditetapkan kepada pihak MSD. Kaedah pengagihan elaun ini adalah dipertanggungjawabkan kepada pihak MSD masing-masing untuk menguruskannya dengan peruntukkan seperti yang dinyatakan diatas.
-
Nyatakan jumlah elaun yang diterima mengikut kategori.
Pihak Majlis tiada menetapkan jumlah elaun yang diterima kerana ianya ditentukan oleh pihak pengurusan kontinjen masing-masing seperti yang dinyatakan diatas.