Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

13) ELAUN AHLI MAJLIS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat keperluan untuk semak semula gaji/ elaun ahli majlis PBT kerana beban kerja yang tinggi disamping kos sara hidup yang semakin meningkat. Apakah rancangan pihak kerajaan untuk menambah baik kebajikan Ahli Majlis PBT?

    Soalan ini dijawab bersekali dengan soalan nombor 229 daripada YB Tuan Leong Tuck Chee (Pandamaran).

    Kerajaan Negeri mengambil maklum akan keperluan untuk menyemak semula elaun Ahli Majlis PBT yang telah diluluskan pada tahun 2017 dan dikekalkan melalui Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2021 – Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis PBT Negeri Selangor. Namun, ia adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.