Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
113) ELAUN AHLI MAJLIS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan hasrat kerajaan negeri meningkatkan elaun ahli-ahli majlis yang kini terlalu rendah untuk menampung kos perjalanan bagi perkhidmatan mereka
Untuk makluman , elaun Ahli Majlis PBT pada ketika ini adalah berdasarkan keputusan MMKN bilangan 5/2011 yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2011. Kerajaan Negeri bersedia untuk meminda berkenaan elaun Ahli Majlis tertakluk kepada kemampuan kewangan PBT masing-masing.
-
Nyatakan kebajikan yang diberikan kepada mereka mengikut PBT masing-masing
- Secara umumnya, peruntukan kebajikan adalah bergantung pada kemampuan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk diberikan kepada seseorang Ahli Majlis di mana sesetengah PBT Negeri Selangor dapat menyediakan Insuran nyawa dan Hospital iaitu tanggungan bagi kos rawatan perubatan di Hospital Swasta (panel PBT) untuk rawatan perubatan Ahli Majlis dan ahli
Perincian elaun-elaun tetap Ahli Majlis mengikut yang ditetapkan oleh PBT-PBT adalah seperti dilampiran berikut.
PBT ELAUN-ELAUN AHLI MAJLIS MBSA
– Elaun Tetap Ahli Majlis
– Elaun Kehadiran Mesyuarat
– Elaun Mesyuarat/Lawatan Tapak/Operasi Selain Mesyuarat Jawatankuasa
– Elaun Bil Telefon
– Telefon Bimbit
– Kemudahan Perubatan Kesihatan (Ahli Majlis dan Keluarga)
– “Crest” Ahli Majlis
– Kemudahan Rumah Rehat Majlis
– Sepasang Lounge Suit
– Sebuah “Briefcase”
MBPJ
– Elaun Tetap Ahli Majlis
– Elaun Kehadiran Mesyuarat
– Kot dan Seluar
– “Briefcase”
– “Crest” Ahli Majlis
– Rawatan Perubatan
– Elaun Telefon
– Elaun Perjalanan (Tuntutan 25km ke atas)
– Komputer Riba/Galaxy Tab
– Kamera Digital
– Insuran Nyawa (CIMB AVIVA)
– Manfaat Kemasukan Hospital Perubatan (Kemasukan Hospital dan Pembedahan)-Medilink
– Elaun Pembantu Ahli Majlis
– Peruntukan Sosial/Pembangunan
MPK
– Elaun Tetap Ahli Majlis
– Elaun Kehadiran Mesyuarat
– Elaun Bil Telefon
– Telefon Bimbit
– Insuran Kemalangan Diri Dan Hayat Secara Berkelompok
– Insuran Perjalanan Diri (Untuk Ke Luar Negara)
– Elaun Tuntutan Perubatan (Maksimum RM2,400.00)
– Kadar Bayaran Hanya 10% Daripada Jumlah Sewaan Dewan- Dewan Majlis Bagi Program-Program Ahli Majlis
MPAJ
– Elaun Tetap Ahli Majlis
– Elaun Kehadiran Mesyuarat
– Kemudahan Klinik Panel
– Insuran
– Telefon Bimbit/Tablet
– Pakaian Seragam Korporat
– Bilik Mesyuarat Ahli Majlis/ Pejabat Ahli Majlis
– “Crest” Kereta
– Tempat Letak Kereta di Bangunan Menara MPAJ
MPSJ
– Elaun Tetap Ahli Majlis
– Elaun Kehadiran Mesyuarat
– Elaun Lawatan Tapak
– Elaun Mesyuarat Jawatankuasa/Jawatankuasa Kecil
– Elaun Telefon
– Peruntukan Pentadbiran
– Peruntukan Program Kemasyarakatan – Peruntukan Kerja-Kerja Pembaikan Segera (Inden)
– Membekalkan 1 Unit Celcom Broadband Untuk Kegunaan Sepanjang Perkhidmatan
– Kemudahan Tuntutan Kembali Bagi Pembelian Tablet/Komputer Riba
– Kemudahan Perubatan Untuk Ahli Majlis Dan Keluarga
– Baju Korporat
MPS
– Elaun Tetap Ahli Majlis
– Elaun Kehadiran Mesyuarat
– Elaun Perubatan
– Perlindungan Insuran
– Baju Korporat/Suits
– Peruntukan Mesra Rakyat/Aduan Awam
– Elaun Pengurusan Pejabat
MPKJ
– Elaun Tetap Ahli Majlis
– Elaun Kehadiran Mesyuarat
– Baju Korporat
– Lounge Suit
– Cenderahati 2 Tahun Sekali (Jasamu Dikenang)
– Kemudahan Perubatan Klinik Panel
MPSP
-Elaun Tetap Ahli Majlis
-Elaun Kehadiran Mesyuarat
-Elaun Telefon
– Kemudahan Insuran Peribadi Dan Ahli Keluarga
– Kemudahan Telefon Pintar
– Baju Korporat
– Blazer (1 Suit)
-Beg Korporat
– Busines Card
– Tanda Nama
– Cop / Rubber Stamp
– Kad Ahli Majlis/Pas Keluar Masuk Pejabat
– Buku-buku Akta Berkaitan
MDKL
– Elaun Tetap Ahli Majlis
– Elaun Kehadiran Mesyuarat
– Kad Rawatan Panel Klinik Red Alert Meliputi Ahli Majlis dan Keluarga
– Tuntutan Bantuan Pembelian Tablet
– Penggunaan Kemudahan Seperti Dewan dan Peralatan MDKL
MDHS
– Elaun Tetap Ahli Majlis
– Elaun Kehadiran Mesyuarat
– Elaun Bil Telefon
– Pembelian Telefon Pintar / Laptop
MDKS
– Elaun Tetap Ahli Majlis
– Elaun Kehadiran Mesyuarat
– Kemudahan Pembantu Ahli Majlis
– Insuran Perubatan
– Kemudahan Pejabat Ahli Majlis Termasuk Peralatan Dan Kakitangan
MDSB
– Elaun Tetap Ahli Majlis
– Elaun Kehadiran Mesyuarat
– Peruntukan Untuk Program Dan Aktiviti Bersama Masyarakat
– Bayaran Bil Telefon
– Bantuan Pembelian Telefon Pintar
– Kemudahan Rawatan Percuma Hospital Kerajaan
– Kemudahan Menggunakan Kenderaan Pejabat
– Kemudahan Pejabat Ahli Majlis
– Bayaran elaun Perbatuan, Elaun Harian dan Elaun Makan
– Lawatan Sambil Belajar Dalam Negeri
– Kemudahan Pakaian Rasmi/Korporat