Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

229) ELAUN AHLI-AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat meningkatkan elaun Ahli-Ahli Majlis PBT memandangkan elaun yang ada tidak setimpal dengan kerja-kerja yang ada?

    Kerajaan Negeri mengambil maklum akan keperluan untuk menyemak semula elaun Ahli Majlis PBT yang telah diluluskan pada tahun 2017 dan dikekalkan melalui Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2021 – Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis PBT Negeri Selangor. Namun, ia adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.