Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

48) EKVE (EAST KLANG VALLEY EXPRESSWAY)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat terkini pembinaan EKVE (East Klang Valley Expressway) di Bandar Mahkota Cheras dan Bandar Sg Long? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

    Secara umumnya, setakat bulan Februari 2017, Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa peratus kemajuan pembinaan jajaran lebuhraya EKVE adalah sebanyak45%. Pembinaan EKVE di Bandar Mahkota Cheras dan Bandar Sg. Long adalah termasuk di dalam Pakej 1 dengan tahap kemajuan fizikal sebanyak 11.03% setakat bulan Februari 2017. Pada masa ini, kerja-kerja yang sedang giat dijalankan di tapak adalah kerja tanah, jambatan, longkang, tembok penahan, drainage box culvert, vehicular box culvert dan ground treatment, di samping kerja-kerja pengalihan dan perlindungan utiliti sedia ada.

  2. Apakah langkah-langkah awal Kerajaan Negeri bagi memastikan kesesakan lalulintas tidak berlaku di persiaran Bandar Mahkota Cheras apabila kenderaan semakin bertambah menggunakan persimpangan Bandar Mahkota Cheras EKVE selepas EKVE beroperasi?

    Hasil daripada Kajian Impak Trafik (Traffic Impact Assessment) yang disediakan oleh Perunding Trafik dan telah disemak oleh Independent Checking Engineers (ICE) yang dilantik, segala keperluan yang perlu diambil kira dalam menyediakan reka bentuk terhadap Jalan Persiaran Bandar Mahkota Cheras 1 telah dikenal pasti. Hasil kajian tersebut, mendapati dua (2) persimpangan sedia ada di Jalan Pahlawan dan Jalan Laksamana akan dinaiktaraf kepada persimpangan lampu isyarat bagi menampung keperluan trafik EKVE dan setempat.

    Hasil daripada kajian tersebut juga telah mengenal pasti bahawa dengan wujudnya lebuhraya EKVE, penyuraian trafik akan berlaku di kawasan sekitar terutamanya di Bandar Mahkota Cheras dan Sungai Long akibat daripada kesan perubahan pergerakan trafik setempat ke arah Pusat Bandaraya (KLCC) dan arah Timur (Lebuhraya Karak dan MRR 2).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.