Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

237) EKONOMI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bajet keseluruhan bagi pentadbiran Negeri Selangor untuk tahun 2019?

    Maklumat Anggaran Perbelanjaan bagi pentadbiran Negeri Selangor untuk tahun 2019 adalah berstatus embargo sehingga pembentangan Belanjawan 2019 Negeri Selangor pada 23 November 2018.

  2. Bilakah Kerajaan Negeri boleh menyelesaikan hutang negeri kepada Kerajaan Persekutuan?

    Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam membuat bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Peruntukan juga akan disediakan secukupnya dalam Anggaran Belanjawan Tahunan.

    Bagi Tahun 2018, bayaran balik pinjaman telahpun dilunaskan kepada Kerajaan Persekutuan mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan jumlah sebanyak RM11,951,181.79 seperti perincian berikut:

    • Projek Bekalan Air : RM5,314,099.60;
    • Skim Amanah Saham Selangor : RM1,893,379.46; dan
    • Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor : RM4,743,702.73.
  3. Berapakah hasil pendapatan keseluruhan dari anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.