Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

106) EKONOMI DIGITAL

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menggalakkan industri kecil sederhana menggunakan teknolgi digital dalam pengembangan perniagaan mereka?

    Pihak Kerajaan Negeri tiada memberikan insentif berbentuk kewangan menggalakkan Industri Kecil Sederhana menggunakan teknologi digital dalam pengembangan perniagaan mereka.

    Namun begitu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan SITEC dimana ianya memainkan peranan sebagai perunding dan penasihat program Kerajaan Negeri melaksanakan program pendidikan dan latihan kepada usahawan dan khususnya usahawan muda dan Industri Kecil dan Serdehana (IKS) di dalam membangunkan perniagaan e-perdagangan dan internet di Selangor

  2. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri Selangor bagi membekalkan sumber manusia yang mencukupi dalam bidang teknologi digital di Selangor?

    1. Antara pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membekalkan sumber manusia yang mencukupi dalam bidang teknologi digital di Selangor adalah dengan menyediakan kursus dan latihan samada yang dilaksanakan oleh agensi swasta mahupun institusi pendidikan dan latihan milik Kerajaan Negeri. Antara bidang kursus – kursus IT yang ditawarkan seperti berikut;-

     

    Bil. Agensi Kursus / Latihan
    1. SITEC Menyediakan program pendidikan dan latihan kepada usahawan dan khususnya usahawan muda dan Industri Kecil dan Serdehana (IKS) di dalam membangunkan perniagaan e-perdagangan.
    2. UNISEL 1.    Foundation in Information Technology

     

        2.      Diploma in Information Technology

    3.      Diploma in Information Technology (Mobile Technology)

    4.      Diploma in Computer Science (Industrial Computing)

    5.      Diploma Computer Application in Business

    6.      Diploma in Multimedia Industry

    7.      Bachelor of Information Technology (Hons)

    8.      Bachelor of Information Technology (Knowledge Management)(Hons)

    9.      Bachelor of Information Technology with Supply Chain Management (Hons)

    10.   Bachelor of Computer Science (Hons)

    11.   Bachelor of Computer Science (Software Engineering)(Hons)

    12.   Bachelor of Computer Science (Network Security & Digital Forensic) (Hons)

    13.   Bachelor of Multimedia Industry (Hons)

    14.   Master of Information Technology

    15.   Master of Computer Science (Software Engineering)

    16.   Master of Science (Computing)

    17.   Doctor of Philosophy in Computing

    3. KUIS 1.      Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)

    2.      Diploma E-Commerce Technology

    3.      Diploma Sains Komputer

    4.      Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia) (Kepujian)

    5.      Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)

    6.      Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Perisian Dengan Kepujian.

    4. INSPENS 1.      Sijil Sistem Komputer

    2.      Sijil Teknologi Elektronik (Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik)

    3.      Sijil Teknologi Elektronik (Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Elektronik)

Lampiran

Tiada Lampiran.