Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

121) EKONOMI BELIA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada Belia dalam tempoh tahun 2013-2016?

    Jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada belia dalam tempoh tahun 2013-2016 Negeri Selangor berdasarkan sumber daripada Pusat JobsMalaysia, Jabatan Tenaga        Kerja    (JTK) Negeri      Selangor  dan      Malaysia             Standard Classification Of Occupations (MASCO) sebagaimana jadual berikut :-

    Statistik peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada belia dalam tempoh tahun 2013-2016

    Tahun Jumlah Jawatan
    2013 419,618
    2014 256,819
    2015 276,365
    2016 205,370
    JUMLAH 1,158,172

     

    Sumber: Pusat JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor dan Malaysia Standard Classification Of Occupations (MASCO)

  2. Berapakah peratusan pengangguran Belia pada bulan Januari 2017?

    Peratusan pengangguran belia pada bulan Januari 2017 adalah sebanyak 3.2% yang diperolehi daripada Sumber Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia adalah sebagaimana jadual berikut :-

    Jadual 1: Bilangan penganggur dan kadar pengangguran 2014, 2015, separuh tahun pertama 2015 (H1/2015) dan separuh tahun pertama 2016 (H1/2016), Malaysia dan Selangor

     

     

    Tempoh

    Bilangan penganggur (‘000)

    Malaysia            Selangor

    Kadar pengangguran (%)

    Malaysia            Selangor

    2014 411.1 62.4 2.9 2.0
    2015 450.3 77.9 3.1 2.4
    H1/2015 443.9 73.9 3.1 2.3
    H1/2016 501.6 103.7 3.4 3.2

    Sumber: Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia

     

  3. Apakah insentif - insentif yang ditawarkan kepada Belia untuk menjadi usahawan berjaya?

    Dalam usaha untuk memperkasakan belia Selangor, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai insentif kepada belia di Selangor untuk menjadi usahawan yang berjaya dan juga untuk merangsang aktiviti keusahawanan belia di Selangor dengan bantuan perniagaan yang disediakan kepada anak muda.

    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan penyediaan sewaan premis  perniagaan  kepada  golongan  usahawan  seperti di Uptown Shah Alam dan Pasar Seri di Giant, Seksyen 13, Shah Alam.

    Seterusnya, Kursus Keusahawanan juga turut disediakan kepada  golongan belia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga  turut  menyediakan  pinjaman melalui HIJRAH Selangor bagi memulakan perniagaan  kepada  golongan  belia untuk menjadi usahawan berjaya melalui skim seperti berikut :-

    JENIS SKIM PINJAMAN TEMPOH BAYARAN

    BALIK

     
    SKIM 1 3,000.00- 25 minggu (6 bulan)  
      5,000.00 50 minggu (12 bulan) Ditawarkan kepada
        semua peminjam
    100 minggu (24 bulan)
        yang berkelayakan
     
        150 minggu (36 bulan)  
    SKIM 2 6,000.00- 25 minggu (6 bulan)  
      10,000.00 50 minggu (12 bulan)  
        100 minggu (24 bulan) Ditawarkan kepada semua peminjam
    150 minggu (36 bulan)
          yang berkelayakan
    SKIM 3 15,000.00- 25 minggu (6 bulan) Hanya ditawarkan
      20,000.00 50 minggu (12 bulan) kepada peminjam
        yang telah tamat
    100 minggu (24 bulan)
        pinjaman pusingan
    150 minggu (36 bulan)
        pertama dengan kredit
    SKIM 4 30,000.00- 25 minggu (6 bulan)
      50,000.00 disiplin yang
    50 minggu (12 bulan)
        memuaskan
    100 minggu (24 bulan)
        150 minggu (36 bulan)  

     

    Seterusnya, Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan Program Pembangunan Usahawan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri  Selangor  (PKNS)  bagi  membantu golongan belia menjana pendapatan sendiri seperti program berikut :-

     

    Bil Program Jenis

    Bantuan

    Jumlah

    Usahawan

    1 Perintis Usahawan Bimbingan & Latihan 1,440
    2. Tunas Niaga Bimbingan & Latihan 19,653
    3 Kelab Permata Selangor Bimbingan & Latihan 11,406
    4. GROW Bimbingan & Latihan 163
    JUMLAH KESELURUHAN USAHAWAN BELIA 32,662

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut mengadakan Program Klinik Usahawan bagi memastikan belia usahawan sentiasa diberi latihan dan kursus bagi menjamin belia Selangor terus berjaya dalam bidang keusahawanan. Statistik program di bawah Program Klinik Usahawan adalah seperti jadual berikut :-

     

    BIL TAHUN JUMLAH     SEMINAR     /     BENGKEL     /

    KURSUS/LAWATAN

    JUMLAH

    PESERTA

    1. 2013 18 995
    2. 2014 14 798
    3. 2015 20 843
    4. 2016 17 589
    JUMLAH 69 3,225

     

Lampiran

Tiada Lampiran.