Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

85) EKONOMI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah rizab terkini ekonomi negeri Selangor

    Kedudukan rizab negeri Selangor seperti pada 30 Jun 2011 adalah berjumlah RM931.20 juta. Rizab negeri Selangor (lebihan terkumpul Akaun Hasil Disatukan) pada tahun 2008, 2009 dan 2010 adalah masing-masing berjumlah sebanyak RM673.97 juta, RM608.01 juta dan RM732.25 juta.

  2. Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan hasil negeri

    Langkah kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil negeri adalah lebih menjurus kepada mengutip hasil cukai tanah memandangkan hasil tanah merupakan hasil yang utama dengan menyumbang sebanyak 60%-80% kepada kutipan hasil negeri setiap tahun. langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

    • Pelaksanaan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah (Ops. Kutip 2011) dengan kerjasama di antara Perbendaharaan Negeri Selangor, semua Pejabat Tanah dan Daerah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pusat ICT Selangor sebagai satu pasukan. Di antara pendekatan yang dilaksanakan melalui Ops.

    Kutip adalah seperti berikut:-

    1. Polisi ‘Knock Door’ iaitu dengan menghantar notis tuntutan dan surat peringatan terus kepada penunggak-penunggak tegar;
    2. Mengadakan siri perbincangan bersama penunggak-penunggak tegar bagi menyelesaikan cukai tanah tertunggak;
    • Memberikan peluang kepada penunggak untuk membayar secara ansuran berjadual dengan syarat pembayaran dibuat secara konsisten; dan
    1. Sekiranya penunggak tegar tersebut masih tidak menjelaskan cukai tanah tertunggak, Pejabat Tanah dan Daerah tanpa teragak-agak akan terus menguatkuasakan Notis 6A, Notis Tuntutan Hasil Tertunggak dan sekiranya dalam tempoh 3 bulan ia masih tidak dijelaskan maka seterusnya Notis 8A, Rampasan Tanah akan dilaksanakan.
    1. Kerajaan Negeri terutamanya melalui Pejabat Tanah dan Daerah sentiasa berusaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui beberapa kaedah iaitu:-
      1. Mengenal pasti serta mengasingkan semua hak milik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil;
      2. Membuka kaunter kutipan di luar pejabat bagi Pejabat Tanah Daerah di kawasan pedalaman; iii. Membuka kaunter pada waktu rehat; dan
      3. Menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara online dan pusat pembayaran di kaunter PBT.
    2. Kerajaan Negeri juga berusaha menangani tunggakan hasil cukai tanah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Y.B. Pegawai Kewangan Negeri dan di Peringkat Daerah ianya dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah. Jawatankuasa tersebut berfungsi untuk melaksanakan kutipan tunggakan cukai tanah secara holistik yang melibatkan penunggak tegar dan penyelesaian hakmilik yang terlibat dengan permasalahan tanah di semua Pejabat Daerah.
    3. Jawatankuasa Tunggakan Cukai Tanah Anak-Anak Syarikat bagi memantau cukai tanah yang tidak dapat dijelaskan oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri selaku pemilik tanah kerana pindah milik kepada pembeli hartanah masih belum dilaksanakan.
    4. Bagi meningkatkan hasil daripada bahan batuan, Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah mensasarkan kutipan hasil pasir sebanyak RM16 juta bagi tahun 2011.
    5. Bagi meningkatkan hasil daripada premium tanah, Kerajaan Negeri melaksanakan Program Pemutihan Kilang Haram di mana kelulusan pemberimilikan tanah diberikan dan pemohon dikehendaki membayar Cukai Tanah Tahun Pertama dan Premiun Tanah. Program tersebut dilanjutkan sehingga Disember 2011. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menguatkuasakan pekeliling yang menetapkan supaya pemohon membayar dalam tempoh 3 bulan dengan tempoh pelanjutan bayaran premium hanya selama 1 bulan sahaja dan kelulusan pemberimilikan tersebut terbatal sekiranya pemohon gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.