Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
149) EKONOMI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila jelaskan pendirian Kerajaan Negeri berhubung dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan langkah untuk menjamin kepentingan rakyat umum, golongan petani dan nelayan, serta peniaga dan usahawan tempatan di bawah perjanjian tersebut.
Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) telah diluluskan di Parlimen setelah dibahaskan selama dua (2) hari di Dewan Rakyat. Keputusan tersebut telah menyaksikan perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 4 Februari 2016 oleh 12 buah negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan
Walaupun Kerajaan Negeri menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan TPPA, Kerajaan seolah-olah memekakkan telinga dengan segala bentuk justifikasi dan hujah yang dibentangkan. Perjanjian ini telah melalui proses rundingan dalam tempoh lebih kurang lima (5) tahun tetapi rakyat hanya diberi masa lebih kurang tiga (3) bulan sahaja untuk memahami teks yang berjumlah hampir 6,000 muka surat dan memberi komen dan maklum balas selepas rundingan perjanjian didedahkan pada Oktober 2015.
Kerajaan Negeri berpandangan jelas bahawa TPPA merupakan satu bentuk perjanjian perdagangan tidak telus. Rundingan yang dilaksanakan tanpa pernah dimaklumkan atau dibincangkan secara terperinci bersama pelbagai agensi Kerajaan Negeri. Walaupun Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Kaukus TPP namun Kerajaan Persekutuan gagal memberikan maklumat penuh terhadap perkara berikut :
- Tidak diberi akses kepada teks rundingan berbanding wakil kongres Amerika sehingga peringkat akhir;
- Permohonan supaya teks rundingan versi Bahasa Malaysia tidak dilunaskan; dan
- Permohonan suatu sesi bersama Peguam Negara untuk memperincikan 26 pindaan undang-undang tidak
Apabila teks perjanjian diteliti termasuk kajian analisis kos faedah daripada National Interest Analysis of Malaysia’s Participation in the TPP yang dilaksanakan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia dan Study on Potential Economic Impact of TPPA on the Malaysian Economy and Selected Key Economic Sectors yang dilaksanakan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia terdapat banyak ketidakadilan dan kepincangan dalam pelaksanaan perjanjian seperti berikut :
- Malaysia diberi masa 16 tahun sahaja untuk menurunkan semua tarif yang paling sensitif. Namun Amerika sendiri diberi tempoh masa 30 tahun;
- Dari segi bukan-tarif TPPA yang dilampirkan dengan bab pelaburan; datang dengan intellectual property dan capaian kepada perolehan kerajaan. Setakat ini kajian-kajian hanya mengkaji hasil tarif sahaja, itupun dengan satu kaedah CGE dan tidak termasuk dengan semua kaedah model ekonomi yang lain;
- Laporan PwC: Baki perdagangan tanpa TPP USD41.9 bilion; Jika tandatangan TPPA baki perdagangan jatuh kepada USD29.7 bilion;
- Lebihan import akan beri kesan kepada sektor eksport di mana syarikat yang terlibat berkurangan insentif maka tutup, pekerja juga hilang mata pencarian;
- Terdapat kritikan dibuat oleh pakar ekonomi dan tokoh negara luar seperti Pemenang Nobel Joseph Stiglitz, Paul Krugman, Robert Reich, termasuk juga Senator Elizabeth Waren yang menyatakan “tidak salah berdagang. Yang salah apabila kita hanya menganjurkan keutamaan pelabur yang mengejar keuntungan serta laba yang tinggi tanpa memberikan hak yang sama kepada kerajaan serta rakyatnya”;
- TPPA tidak membela nasib pekerja apabila Investor-State Dispute Settlement (ISDS) dilaksanakan;
- Kajian PwC menyatakan dalam sisipan laporan, “ by end 2014, UNCTAD reported 356 cases that have been concluded. Approximately 37 percent
– were decided in favor of the state.” Maksudnya 63 peratus dimenangi oleh entiti bukan kerajaan; dan
- Persaingan industri PKS apabila TPPA dilaksanakan adalah sengit dan dikhuatiri mampu membunuh industri
Banyak lagi isu-isu ketidakadilan dan keburukan pelaksanaan TPPA yang bakal diterima oleh rakyat. Kerajaan Negeri terus menyatakan kebimbangan dan gesaan supaya Kerajaan Persekutuan mampu memelihara dan menangani isu nilai matawang negara, hak dan kepentingan tenaga buruh Malaysia, harta intelek negara (IPR-Intellectual Property Right), perolehan Kerajaan, syarikat milik Kerajaan dan memelihara pasaran peniagaan tempatan sebelum TPPA diratifikasikan.
Sebagai sebuah Kerajaan yang perihatin dan peka terhadap isu kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat, Kerajaan Negeri menyedari bahawa impak perjanjian ini terhadap kos sara hidup rakyat adalah tinggi. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus memelihara hak dan kepentingan rakyat dengan merangka langkah- langkah seperti berikut :
- Melaksanakan inisiatif melalui pelbagai program bantuan perniagaan bagi membantu usahawan baru dan melonjakkan usahawan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi supaya mampu terus bersaing di pasaran yang kompetetif;
- Meningkatkan dan mempersiapkan keupayaan rakyat Selangor kepada pekerja berkemahiran tinggi (skilled worker) melalui Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET);
- Meningkatkan Sumbangan Bantuan Pendidikan dalam usaha Kerajaan untuk membina modal insan berkualiti dan mewujudkan talent pool di Selangor;
- Meningkatkan Keupayaan Rakyat Luar Bandar Melalui Program Pembangunan Keusahawanan; dan
- Memperkasa sektor pertanian bagi meningkatkan jaminan pengeluaran bekalan makanan di negeri