Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
80) EKO-PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan industri Eko- pelancongan bagi Negeri Selangor?
Pelancongan Eko (eco-tourism) boleh dikatakan sebagai suatu kawasan yang mempunyai keunikan warisan flora dan fauna yang tinggi serta perlu
Beberapa langkah telah diambil bagi pemuliharaan dan juga untuk mempertingkatkan industri Eko-pelancongan Negeri Selangor seperti :-
- Forum Pembangunan Pelancongan Mampan dan Mesra Alam Peringkat Negeri Selangor – 10 Jun 2014
- Wings of KKB 2014 : Selangor Birds Race – 26 April 2014
- Tourism Selangor Day Out – 26 April 2014
- Pembersihan Pantai Bagan Lalang Sepang sempena sambutan Hari Bumi Sedunia (World Earth Day) – 20 April 2014
Di negeri Selangor terdapat banyak produk pelancongan eko dan ianya menjadi kunjungan ramai pelancong dalam dan luar negara pada setiap hari namun jumlah pengunjung semakin bertambah pada hujung minggu, cuti persekolahan dan juga musim perayaan.
Kawasan eko pelancongan di negeri Selangor manjadi tumpuan warga kota kerana kedudukannya yang tidak begitu jauh daripada pusat bandar namun ketenangan dan kedamaian hutan hujan semulajadi yang terdapat disekitar
Selangor mampu menghilangkan tekanan kesibukan kota serta memberi peluang rakan-rakan serta ahli keluarga untuk berehat, bermandi manda dan melakukan aktiviti reaksi bersama serta mampu merapatkan hubungan kekeluargaan.
Semua kawasan eko pelancongan adalah merupakan kawasan sensitif alam sekitar serta berada di dalam kawasan hutan simpan ataupun hutan hujan semulajadi. Bagaimanapun, sebarang pembangunan di kawasan eko pelancongan perlu mendapat ulasan terperinci serta kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan. Oleh yang demikian, tidak banyak pembangunan fizikal dilakukan ditempat-tempat ini.
Kemudahan yang dibina seperti yang terdapat di Hutan Lipur Kanching serta Hutan Lipur Komanwel dijalankan adalah berskala kecil yang lebih menumpukan kepada kemudahan dan keselesaan pengunjung serta wakaf tempat berehat, tandas, bilik persalinan dan surau. Tanggungjawab utama Kerajaan Negeri Selangor yang paling utama ialah untuk memastikan semua pembangunan yang dijalankan dapat dilaksanakan secara terkawal bagi memastikan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Buat masa kini Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor berperanan bukan sahaja memperkenalkan malah mempromosikan kawasan eko pelancongan bagi para pengunjung samada dari dalam dan luar negara. Pelbagai kaedah serta medium digunakan seperti media cetak iaitu surat khabar, majalah dan risalah turut disebarkan secara meluas bagi memberi maklumat terkini kepada para pengunjung. Laman sesawang Tourism Selangor iaitu www.tourismselangor.my juga berperanan penting dalam menyediakan maklumat serta panduan mudah untuk sampai ke produk pelancongan eko ini.
Selain daripada Tourism Selangor yang sememangnya mempunyai jadual promosi dalam dan luar negara, ia juga turut mempromosikan produk pelancongan lain sekitar negeri Selangor. Maklumat yang disediakan adalah aktiviti yang boleh dijalankan atau disertai seperti aktiviti lasak dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Pakej-pakej juga turut disediakan seperti pakej hari keluarga, sukaneka ataupun pakej ’team building’ bagi menarik lebih ramai pengunjung.
Selain daripada itu, kawasan pelancongan eko ini juga sering dikunjungi oleh syarikat-syarikat korporat dan swasta melalui program tanggungjawab sosial mereka. Keadaan ini mampu menanam rasa cinta dan sayang terhadap alam sekitar, kebersihan menjadi tonggak utama dan pemuliharaan alam turut dilakukan bagi menjaga kebersihan dan tidak melakukan kerosakan terhadap flora dan fauna yang ada di tempat tersebut.
Berikut adalah kawasan tumpuan pelancongan eko yang terdapat di sekitar Negeri Selangor.
Bil.
Tempat / Destinasi
Produk / Aktiviti
1.
Forest
Research
Institute
Of
Malaysia
1)
Jungle Tracking
(FRIM) 2) Canopy Walkway 3) Air Terjun 4) Pendidikan Pameran 5) Family Day 6) Team Building 2.
Taman Alam Kuala Selangor
1)
Burung Hijrah
2) Perkhemahan 3) Pelbagai Flora Dan Fauna 3.
Kelip-Kelip Kampong Kuantan Kelip-Kelip Bukit Belimbing Kelip-Kelip Sg. Karang
1)
2)
3)
Kelip-Kelip Chalet Kraftangan
4.
Pusat Pemerhatian Burung Enggang Sg Karang.
1)
Burung Enggang
5.
Taman Botani Negara
1)
Pelbagai
Flora
Dan
Fauna 2) Rumah Cuaca 4 Musim 3) Skytrex 4) Perkhemahan 5) Chalet 6) Dusun Buah Buahan 7) Sawah Padi 6.
Santuari Ikan Kelah Sg Chiling
1)
Ikan Kelah
2) Sungai 3) Jungle Tracking 7.
Air Terjun Dan Sungai
i. Sungai Chongkak
ii. Sungai Tua
iii. Sungai Gabai
iv. Sungai Tekala
v. Hutan Lipur Kanching
vi. Taman Rimba Templer
vii. Taman Rimba Komanwel
viii. Air terjun Ulu Yam
ix. Air Terjun Sungai Sendat
x. Air Terjun Sg. Kedondong
xi. Air Terjun Sg. Pisang
xii. Air Terjun Semangkuk
xiii. Air Terjun Batu Asah
xiv. Air Terjun Sungai Lui
1) Perkelahan
2) Mandi Manda
3) Jungle Tracking
4) Team Buiding
8.
Kolam Abu Stesen Janakuasa Elektrik Kapar
1) Tempat Selamat Datang Burung Hijrah
9.
Paya Indah Wetland
1) Pemeliharaan Badak Air
2) Pemeliharaan Buaya
3) Pemeliharaan Mawas
4) Chalet
5) Kursus
10.
Pusat Konservasi Sungai Dusun
1) Pemeliharaan Tapir
2) Pemeliharaan Landak
3) Haiwan lain-lain
11.
Empangan Klang Gate
1) Permatang Kuarza (warisan UNESCO)
12.
Air Panas
i. Air Panas Dusun Tua
ii. Air Panas Kerling
iii. Kolam Air Panas Selayang
iv. Kolam Air Panas Hulu Tamu
1) Mandi Manda
2) Perkelahan
13.
Kawasan Bukit
i. Gunung Nuang
ii. Bukit Kutu
iii. Bukit Broga
iv. Bukit Tabur
v. Batu Caves (Wira Damai)
vi. Bukit Belacan
1) Mendaki
2) Base Jump
3) Repailing
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi membangunkan eko-pelancongan di Kawasan Taman Templer seperti Hutan Lipur Kanching, Templer Park, Hutan Rimba Komanwel, Bukit lagong?
Perancangan kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bagi tujuan membangun dan memajukan Taman Rimba Komanwel sebagai salah satu sumber tarikan eko pelancongan untuk jangka masa panjang ialah dengan menaik taraf dan membaik pulih kemudahan-kemudahan dan infrastruktur sedia ada seperti pejabat, dorm, dewan terbuka, surau, tandas, pondok kutipan tiket, pondok rehat, tapak perkhemahan dan denai interpretasi. Kawasan rekreasi Hutan Lipur Kanching akan dibangun dan dimajukan oleh pihak TSSB manakala Templer Park pula diuruskan oleh Majlis Perbandaran
Hutan Lipur Kanching yang merupakan produk pelancongan di bawah seliaan Tourism Selangor Sdn Bhd sentiasa berusaha membaik pulih insfrastruktur di sana. Kemudahan yang sedia ada adalah pintu gerbang, tempat letak kereta bagi bas, motosikal dan kereta, bilik persalinan, tandas, wakaf/gazebo, laluan pejalan kaki, astaka, gerai makanan serta pondok kawalan keselamatan. Antara cadangan penambahbaikan fasiliti adalah seperti papan tanda berinfomatif kerana papan tanda yang sedia ada selalu rosak akibat kejadian alam.
-
Berapakah bajet yang telah diperuntukkan untuk perancangan ini?
Anggaran peruntukan kewangan bagi tujuan perancangan untuk membangunkan Taman Rimba Komanwel di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ini ialah sebanyak RM100,000.00 bagi tahun 2014 merangkumi kerja-kerja menaiktaraf dan membaikpulih dewan terbuka, dorm, pondok rehat dan tapak perkhemahan.