Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
49) EKO – PELANCONGAN DI HULU LANGAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pembangunan eko-pelancongan di daerah hulu Langat ?
Usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dalam membantu kerajaan negeri membangunkan eko-pelancongan di daerah Hulu Langat ialah :-
- Penerbitan buku info pelancongan “Jom Kajang” dengan kerjasama Syarikat Kajang Tourism Sdn Bhd. Buku ini telah diterbitkan pada awal Jun 2011 untuk edisi pertama.
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pembangunan agro-pelancongan di daerah hulu Langat?
Rancangan kerajaan dalam pembangunan agro-pelancongan di daerah Hulu Langat adalah seperti berikut:
- Pihak kerajaan negeri melalui UPEN dengan kerjasama semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor sedang dalam usaha untuk menyelaraskan papan tanda kawasan pelancongan di setiap kawasan PBT. Justeru itu ia sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan kawasankawasan pelancongan terutama berkaitan agro-pelancongan di kawasan Hulu Langat.
Berikut adalah produk-produk pelancongan yang dicadangkan untuk dipasang papan tanda di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang :
Bil. Kategori Pelancongan Produk Tempat 1. Ekosistem -Sg. Chongkak -Gunung Nuang
-Sg. Gabai
-Sg. Tekala
-Sg. Pangsoon
-Kolam Air Panas
-Empangan Semenyih
-Hulu Langat -Hulu Langat
-Hulu Langat
-Semenyih
-Hulu Langat
-Hulu Langat
-Semenyih
2. Agro -Taman Herba -Ostrich Wonderland -Hulu Langat -Semenyih
-Ladang Arnab -Ampang Look Up Point
-Broga Semenyih -Bukit Ampang
3. Pendidikan -Universiti Kebangsaan Malaysia -Universiti Nottingham
-Kolej Komuniti
-Kolej Profesional Mara
-Institut Kemahiran Belia Negara
-Masterskill
-Kolej New Era
-Bandar Baru Bangi -Semenyih
-Semenyih
-Semenyih
-Beranang
-Cheras
-Kajang
4. Makanan -Sate Kajang -Restoran Ikan Air Tawar
-Galeri sate
-Bandar Kajang -Semenyih
-Kajang
5. Sukan -Sg. Long -Bangi Golf
-Kajang Hill
-Impian Golf & Country Club
-Cheras -Bandar Baru Bangi
-Semenyih
-Kajang
- Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) telah mengadakan Karnival 1001 Rasa Sate Kajang dengan kerjasama makanan warisan negeri Selangor. Karnival ini akan dijadikan acara tahunan dan pada tahun 2011, karnival ini akan diadakan pada bulan Merdeka 2011. Hal ini sekaligus meningkatkan ekonomi peniaga setempat.