Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

179) EKO-PELANCONGAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan strategi kerajaan dalam pembangunan pelancongan berdasarkan alam sekitar, kebudayaan dan pertanian?

    Kerajaan Negeri Selangor telah jelas terhadap usaha-usaha pengembangan dan pembangunan sektor pelancongan terutamanya yang berteraskan alam sekitar, kebudayaan dan pertanian.  Sehingga kini, ketiga-tiga sub-sektor ini merupakan antara penekanan utama oleh Kerajaan Negeri berdasarkan kepada sumber semulajadi dan keadaan ekonomi semasa negeri.

    Bagi alam sekitar, di Selangor sendiri mempunyai begitu banyak tarikan alam semulajadinya seperti hutan simpan, air terjun, hutan paya bakau, taman-taman rimba dan beberapa tarikan lain.  Oleh sebab itu, atas kepentingan memelihara alam semulajadi, beberapa kawasan seperti Zoo Negara, Hutan Lipur Kanching, Chongkak Park Resort, Bukit Fraser, Hutan Lipur Sungai Tekala, Sungai Selangor, Empangan Batu, Ampang Look Out Point, Taman Rimba Komanwel dan beberapa kawasan yang lain dikekalkan sebagai daya tarikan semulajadi.  Ia dikekalkan di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sebagai Hutan Simpan Kekal.  Strategi Kerajaan negeri ialah bagi mengekalkan biodiversiti di samping terus menjadi daya tarikan pelancong.

    Selain itu, beberapa pendekatan baru seperti pengekalan sebagai tapak warisan semulajadi melalui penyenaraian di bawah UNESCO juga sedang dibuat.  Ini melibatkan kajian terhadap Permatang Kuartza Bukit Tabur, Melawati yang dianggap berpotensi oleh kumpulan kajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang bekerjasama bersamasama Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pelancongan.  Hutan Simpan Air Hitam di Puchong juga telah melalui fasa perubahan melalui pembukaan Putra Science Park oleh Universiti Putra Malaysia.  Ia bukan sahaja sebagai lokasi dan sumber kajian semata-mata malah telah mula menjadi tarikan kepada pengunjung.  Ia sangat berpotensi menjadi salah satu lokasi sumber alam semulajadi yang boleh diketengahkan melalui konsep edu-tourism ( pelancongan pendidikan ).

    Begitu juga dengan beberapa tarikan lain seperti Taman Alam Kuala Selangor, KelipKelip Kampung Kuantan, FRIM dan Sungai Selangor.  Taman Alam telah saban tahun menjadi lokasi kepada berlangsungnya acara Pesta Sayap sempena penghijrahan burung antarabangsa.  Kelip-Kelip Kampung Kuantan telah mencetuskan ilham kepada wujudnya program Simposium Firefly, FRIM kekal menjadi sumber rujukan terbaik habitat dan spesies tumbuhan di Malaysia dan Sungai Selangor pula telah mula membuka mata pengunjung dalam dan luar Negara untuk merasai cabaran dalam aktiviti tubing dan rafting.  Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa dasar dan strategi oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seimbang.  Dalam menarik kemasukan pelancong dan pengunjung, pengekalan alam semulajadi sentiasa dititiberatkan.  Ia berupaya mengekalkan biodiversiti dan habitat semulajadi dan pada masa yang sama mampu menjadi sumber rujukan, tarikan dan menjana pendapatan kepada anggota masyarakat.

    Bagi kebudayaan, Selangor sedang mengorak langkah kepada pengembangan aktiviti seni dan budaya terutama di kalangan masyarakat.  Beberapa dasar dan strategi utama telah mula dilaksanakan.  Antara dasar dan strategi yang digariskan ialah penerapan nilai budaya di kalangan masyarakat, membudayakan seni persembahan teater dan bekerjasama dengan penggiat seni.  Ketiga-tiga dasar dan strategi ini diterjemahkan ke dalam aktiviti dan program yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Selangor dan disokong oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Selangor.  Sebagai contoh melalui pembinaan Teater Diraja Selangor dan aktiviti teater rakyat yang mencerminkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor dalam merangka dan membangunkan industri pelancongan yang berteraskan kebudayaan.

  2. Senaraikan perbelanjaan mengikut perkara bagi sektor eko-pelancongan dalam tahun 2009.

    Tiada sebarang peruntukan khusus bagi sektor eko-pelancongan di bawah peruntukan pembangunan pelancongan negeri Selangor.  Namun begitu, bagi tahun 2009 dan 2010, beberapa projek kecil telah dilaksanakan mengikut pecahan seperti berikut:-

    Tahun 2009:-

     

    Bil

     

    Nama Projek

     

    Kos ( RM )

     

     

    Agensi Pelaksana

     

    1

     

    Membina dan menyiapkan 2 unit sistem penapisan tandas Chongkak Park Resort

     

    14 400.00

     

    TSSB

     

    2

     

    Membina semula bangunan Astaka,

    Hutan Lipur Kanching

     

    9 850.00

     

    TSSB

     

    3

     

    Kerja pemotongan dan pembersihan

    2 pokok hutan, Hutan Lipur Kanching

     

    3 125.00

     

    TSSB

     

    4

     

    Menyelenggara 1 unit sistem tangki penapisan tandas Astaka,Chongkak Park Resort

     

    6 850.001

     

     

    TSSB

     

    5

     

    Membina 4 unit gerai di Hutan Lipur Kanching dan landskap di Taman

    Rimba Komanwel

     

    460 000.00

     

    TSSB

     

     

     

     

    JUMLAH

     

    494 225.00

     
    • Tahun 2010:-
     

    Bil

     

    Nama Projek

     

    Kos (RM)

     

    Agensi Pelaksana

     

     

    1

     

    Kerja-kerja Meroboh dan Membina Semula 2 unit Chalet dan Membina 1 unit Tandas di Chongkak Park &

    Resort, Hulu Langat, Selangor.

     

     

    569 160.62

     

    TSSB

     

    2

     

    Kerja-kerja menaiktaraf bumbung dan ruang makan di Gerai Makan Hutan Lipur Kanching, Rawang, Selangor.

     

     

    28 075.00

     

    TSSB

     

    3

     

    Kerja-kerja Membaikpulih Satu Unit Wakaf di Chongkak Park & Resort (CPR), Hulu Langat.

     

     

    1 650.00

     

    TSSB

     

    4

     

    Kerja-kerja Mengecat Garisan Tempat Letak Kereta di Hutan Lipur Kanching (HLK).

     

     

     

    2 480.00

     

    TSSB

     

    5

     

    Kerja-kerja Membekal dan Memasang 49 unit Papan Tanda di Chongkak

    Park & Resort

     

     

    26 600.00

     

    TSSB

     

    6

     

    Kerja-kerja Membekal dan Memasang 14 unit Papan Tanda di Chongkak

    Park & Resort

     

     

    7 080.00

     

    TSSB

     

    7

     

    Kerja-kerja Penebangan Pokok-pokok Kayu, Pemotongan Dahan Kayu, Memotong, Menyusun dan

    Membersihkan Kawasan Penebangan

    di Chongkak Park & Resort

     

     

    15 000.00

     

    TSSB

  3. Apakah rancangan dan peruntukan untuk pembangunan eko-pelancongan di Daerah Hulu Langat?

    Pembangunan pelancongan di daerah Hulu Langat adalah satu proses yang berterusan seperti juga di daerah-daerah yang lain di negeri Selangor. Justeru itu, dengan mengambil kira kelebihan dan produk-produk pelancongan sedia ada di daerah tersebut, pembangunan khususnya kepada sektor eko-pelancongan akan menjadi antara tumpuan utama.  Secara faktanya, daerah Hulu Langat merupakan antara daerah yang kaya dengan sumber alam semulajadi yang sangat berpotensi.  Malah ada di antaranya telah pun dikenali ramai seperti Chongkak Park Resort, Hutan Lipur Sungai Tekala, Hutan Lipur Sungai Tua, Ampang Look Out Point dan Taman Rimba Templer.

    Pelbagai rancangan telah disusun meliputi aktiviti promosi dalam dan luar negara serta melalui program menaik taraf produk-produk pelancongan negeri Selangor.  Bagi sepanjang tahun 2009 dan 2010, promosi terhadap beberapa produk eko-pelancongan telah dilaksanakan melalui penyertaan di pameran dan promosi pelancongan dalam dan luar negara.  Antaranya ialah seperti di Arabian Travel Mart, JATA, World Travel Mart London dan beberapa promosi lain.  Promosi ini walau bagaimanapun tidak tertumpu kepada produk-produk di daerah Hulu Langat sahaja, tetapi turut meliputi promosi bagi semua produk pelancongan berpotensi di negeri Selangor.  Promosi dalam negara juga turut tidak ketinggalan antaranya ialah melalui Selangor Discovery Fam Tour ( 2009 ) dan Selangor Shines Fam Tour ( 2010 ) yang antara lain memberi pendedahan dan liputan di kalangan pengamal media tempatan dan antarabangsa terhadap produkproduk pelancongan berpotensi untuk diterokai di negeri Selangor termasuk di daerah Hulu Langat.

    Selain itu, melalui program menaik taraf produk pelancongan negeri Selangor, terdapat beberapa projek yang telah dan akan dilaksanakan bagi tahun 2009 dan 2010.  Antaranya ialah projek menaik taraf kemudahan di Chongkak Park Resort.  Ia meliputi projek membaik pulih wakaf, Astaka, laluan masuk, sistem saliran, tandas awam dan beberapa pembaikan kecil lain.  Bagi tahun 2010, Hutan Lipur Sungai Tekala telah menerima peruntukan bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf kemudahan di kawasan berkenaan.  Bagi tahun 2011, beberapa projek lain telah dirancang akan dilaksanakan seperti membaik pulih resort dan chalet di Chongkak Park Resort untuk memanjangkan jangka hayat produk sedia ada berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.

Lampiran

Tiada Lampiran.