Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

91) EKO-PELANCONGAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan infrastruktur dan aktiviti eko-pelancongan di negeri Selangor sepanjang tahun 2009-2012.

    Berikut adalah jumlah peruntukan yang telah pun disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi memajukan kawasan pelancongan dengan kemudahan infrastruktur serta aktiviti eko-pelancongan di Negeri Selangor sepanjang tahun 2009 sehingga tahun 2012 seperti jadual di bawah:-

    BIL TAHUN PBT YANG TERLIBAT JUMLAH

    PERUNTUKAN YANG

    DITURUNKAN (RM)

    1. 2009 MDKS, MDSB 746,108.80
    2. 2010 MBPJ, MPK, MPKj, MPSp, MDKS, MDSB 480,055.00
    3. 2011 MBSA, MPK, MPAJ, MPS, MPKj, MPSp, MDHS, MPKL, MDSB 5,611,312.00
    4. 2012 MBSA, MPK, MPSJ, MPS, MDHS,

    MDKS, MDKL, MDSB, MPSp, TSSB, Jabatan Perhutanan

    2,285, 434.00
  2. Sila nyatakan aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan eko-pelancongan di negeri Selangor menjadi sumber pendapatan kepada penduduk tempatan sepanjang tahun 2009-2012.

    Eko pelancongan adalah aktiviti yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Eko pelancongan merupakan satu sektor pelancongan yang boleh dilawati dan diminati oleh para pelancong daripada luar dan dalam negara.  Pelbagai acara telah dijalankan untuk mempromosikan produk eko-pelancongan dan dapat menarik para pelancong melawat produk eko pelancognan.  Acara yang telah dirancang dan dilaksanakan di produk eko pelancongan adalah seperti berikut;

    No. Nama Acara   Deskripsi
    1. Starbucks Green Treasure Hunt

    Dianjurkan pada tahun 2013 Bertempat di Sungai Kanching
        Acara ini menekankan aspek pemeliharaan alam sekitar
        Merupakan kerjasama dengan Starbucks Malaysia
    2. Selangor Eco-Drive Hunt Acara yang dianjurkan setiap tahun
        Berbentuk pertandingan fotografi
        Menumpukan lokasi-lokasi  yang berkaitan dengan eko-pelancongan

    di Selangor

        Merupakan kerjasama dengan PCP Publications & Nanyang Press
    3. My Selangor Story Acara yang dianjurkan setiap tahun
        Melibatkan fotografi dan penulisan blog
        Menumpukan lokasi-lokasi menarik di sekitar Selangor yang berkaitan dengan homestay, ekopelancongan, pusat peranginan, restoran, dan sebagainya
    4. TS Day Out Merupakan acara yang dianjurkan setiap bulan
        Melibatkan fotografi dan penulisan blog
        Menumpukan kepada beberapa produk-produk pelancongan yang membangun untuk tujuan promosi
        Antara lokasi-lokasi acara 😮 Skytrex, Taman Botani

    Negara Shah Alam o ATV Kemensah

    o Forest Research Institute of

    Malaysia (FRIM) o Taman Alam Kuala Selangor o Heritage Tour @ Kuala

    Langat

    Banyak aktiviti promosi telah dijalankan untuk memperkenalkan produkproduk eko pelancongan kepada orang awam antaranya ialah;

    • Tahun 2009
    Bil Program Tempat
    1 MATTA International Fair Travel 2009 (MASUM) Kompleks Belia Shah Alam
    2 Karnival      &      Kejohanan      Paraglyding

    Antarabangsa, Bukit Jugra

    Bukit   Jugra,             Kuala Langat
    3 Pesta Air Klang 2009 Klang
    4 International Law     Conference   Islamic Banking & Finance Saujana Kuala Lumpur & Sunway Pyramid
    • Tahun 2010
    Bil Program Tempat
    1 MASUM SACC Convec
    2 Karnival Wow Putrajaya
    3 Road to Challenge (Mua Thai) Sunway
    4 Traditional Welcome Troupe for Queen Victoria Klang
    5 Karnival Pulau Indah Klang
    6 Vasakhi Festival Petaling Jaya
    7 Royal Classic Car Rally Selangor ke Utara
    8 Hari Bertemu Pelanggan PKNS Bangi
    9 Eco Green Week 2010 (BECOME) Damansara
    10 Karnival Larian 10km MPSJ-NST Subang Jaya
    11 Simposium Taman Tasik Shah Alam Shah Alam
    12 Karnival Nasyid Shah Alam
    13 Centro Run Klang
    14 Padang Timur Selangor Music Extravaganza Petaling Jaya
    15 Malaysia Law Conference Kuala Lumpur
    16 Simposium Kelip-kelip Subang Jaya
    17 Sambutan Kemerdekaan & Penghayatan Ramadhan iCity, Shah Alam
    18 Karnival Maritim Sedunia Pelabuhan Klang, Klang
    19 Pameran Industri Pelancongan Sabak Bernam
    20 Pesta Sayap, Kuala Selangor Kuala Selangor
    • Tahun 2011
    Bil Program Tempat
    1 MASUM 2011 SACC Convec
    2 Sambutan 3 Tahun Pentadbiran Negeri Selangor Shah Alam
    3 Pesta Air Bagan Lalang Sepang
    4 MATTA Fair Kuala Lumpur
    5 Misi Jualan Domestik Sarawak
    6 Selangor Heritage Photo Karnival Klang
    7 Sepang Super Japan GT Empire Galeri, Subang Jaya
    8 Bazar Karnival Kraf Negeri Selangor Klang
    9 Miss Universe Pre-Launch Sunway Pyramid
    10 Agro Festival Shah Alam
    11 ASEAN Travel Forum Phnom Penh, Cambodia
    12 Fascinating Malaysia Travel Fair Selangor Singapore
    13 Seminar & Travel Mart for Central Region Singapore
    14 ITHF, Jakarta Indonesia
    15 Arabian Travel Mart UAE
    16 ITE, Vietnam Vietnam
    17 Ta Ra Nasa Malaysia Travel Fair Filipina
    18 PATA New Delhi India
    19 JATA, Japan Jepun
    20 Selangor Meets Brunei Brunei
    21 WTM London London
    22 Guangzhou Fair 2011 China
    23 Selangor Meets Taiwan Taiwan
    • Tahun 2012
    Bil. Program Tempat
    1. Lawatan Sambil Belajar oleh Delegasi dari Gyeonggi Province, Korea SUK, Shah Alam
    2. Selangor MATTA Islamic Travel Fair (SMITF) 2012 * MASUM SACC Convec, Shah Alam
    3. World Adventure Travel Expo SACC Convec, Shah Alam
    4. Skuad Kembara Selangor Shines ke UNISEL Shah Alam Unisel, Shah Alam
    5. Skuad Kembara Selangor Shines ke Unisel Bestari Jaya

     

      UNISEL Bestari Jaya  
    6. Skuad Kembara Selangor Shines ke SMK Seksyen 18 Shah Alam
    7. Skuad Kembara Selangor Shines ke SMK (P) Kapar Klang
    8. Bulan Melawat Kuala Langat (Perasmian & Konvoi ke 9 buah negeri) Semenanjung Malaysia
    9. Malaysia International Tourism Exchange (MITE) 2012 Serdang
    10. Promosi di PWTC sempena WITM PWTC, Kuala Lumpur
    11. Post Tour for WITM  2012 Sekitar Selangor
    12. Skuad Kembara Selangor Shines ke Segi College Segi College
    13. Skuad Kembara Selangor Shines ke Quality Day, UIA UIA Gombak
    14. Hari Komuniti Bersama IPD Sepang Sepang
    15. Shooting bagi ASEAN TV, Thailand Sekitar Selangor
    16. Skuad Kembara Selangor Shines ke  Star Cruise – Superstar Virgo Klang
    17. Program Promosi 41st World Morning Cup Badminton Championship, Puchong Puchong
    18. Skuad Kembara Selangor Shines ke SMK Dusun Nanding Hulu Langat
    19. Fam Tour Bersama DEMC Sekitar Selangor
    20. Skuad Kembara Selangor Shines ke SMK Seafield, Subang Jaya Subang Jaya
    21. Star Cruise Pelabuhan Klang
    22. Promosi di 9th Asia Pacific Harmonica Festival Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
    23. Star Cruise Pelabuhan Klang
    24. Program Pelancaran Sekinchan Tourist Guide Book Sekinchan
    25. Program Promosi anjuran CIAST di Hotel De Palma Shah Alam Shah Alam
    26. Skuad Kembara Selangor Shines ke SMK Convent Klang Klang
    27. Skuad Kembara Selangor Shines ke Kolej Komuniti Kuala Langat Kuala Langat
    28. Fam Tour Bersama Delegasi Iran Sekitar Selangor
    29. Kuala Lumpur Photograpy Festival Mid Valley, Kuala Lumpur
    30. Program Promosi ke Pantai Timur Kuantan, Kuala

    Terengganu & Kota Bharu

    31. Skuad Kembara ke SMK Seri Muda Shah Alam
    32. Medical International Travel Health Sunway Lagoon
    33. Karnival 1001 Rasa Sate Kajang Kajang
    34. Arabian Travel Mart Dubai
    35. Guangzhou Fair

     Selangor Meets China

    Guangzhou + Hebei

    (Guangzhou City,

    Shunde, Shenzen)

    36. International Travel Expo Vietnam
    37. 9th ABACUS Travel Holiday Fair Brunei
    38. International Travel Business Singapura
    39. Voyage Expo India
    40. International Travel Fair Taiwan
    41. Riau Tourism and Travel Fair & Selangor Meets Indonesia Pekan Baru, Riau & Medan

    Dengan adanya program promosi pelancongan dalam dan luar negara dapat membantu memperkenalkan produk eko pelancongan kepada pelancong daripada dalam dan luar negara dan dapat menarik lebih ramai pelancong melawat produk ekopelancongan.  Secara tidak langsung, melalui pendedahan ini dapat membantu menambahkan sumber pendapatan penduduk tempatan.

  3. Sila nyatakan usaha kerajaan negeri untuk memberikan insentif kepada pemilik-pemilik tanah yang mengusahakan eko-pelancongan terutamanya di Dusun Tua.

    Eko-pelancongan merupakan di antara produk-produk pelancongan yang semakin mendapat perhatian para pelancong ketika ini. Daerah Hulu Langat adalah di antara daerah yang menjadi tumpuan pelancong di Negeri Selangor. Selain itu juga, daerah Hulu Langat telah dikurniakan dengan persekitaran yang sangat bersesuaian untuk pembangunan sektor ekopelancongan.

    Namun begitu, Kerajaan Negeri masih belum lagi menyediakan sebarang insentif yang khusus bagi semua pemilik tanah yang mengusahakan ekopelancongan terutamanya di kawasan Dusun Tua. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri banyak membantu daripada sudut penambahbaikan kemudahan sedia ada, menyelaras dan menyeragamkan pakej supaya lebih berdaya saing dan memenuhi kehendak pelancong dan pengunjung di setiap kawasan produk    eko-pelancongan di Selangor. Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor Sdn.Bhd. ( TSSB ) juga banyak membantu dari segi aspek promosi bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong serta liputan di media cetak dan elektronik. Malahan, tidak kurang juga penganjuran acaraacara pelancongan yang banyak dilaksanakan di kawasan eko-pelancongan di negeri ini sebagai langkah memperkenal dan mempromosi produk tersebut di kalangan para pelancong di dalam dan luar negara, syarikat serta agensi kerajaan juga swasta

     

Lampiran

Tiada Lampiran.