Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

181) EKO-PELANCONGAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kuala Selangor memiliki 2 produk eko-pelancongan iaitu Taman Alam dan Kelip-Kelip Kg Kuantan. BApakah langkah Kerajaan Negeri bagi menjaga produk eko-pelancongan tersebut?

    Beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Kuala Selangor bagi menjaga produk eko-pelancongan ini seperti berikut:i. Rancangan Jangka Panjang

    Melaksanakan pengambilan balik tanah dan pewartaan Pusat Pelancongan Kelip-Kelip Kg. Kuantan dalam Cadangan Zon Santuari Kelip-Kelip Rancangan Tempatan MDKS 2015 dengan Zon

    Pembangunan Terhad selebar 400 meter dari kedua-dua belah tebing sungai (5km radius) bagi mengelakkan pencerobohan tanah yang boleh menyebabkan kerosakan kepada ekosistem kawasan tersebut.

  2. Berapa peruntukan tahunan untuk memastikan kebersihan persekitarannya terjamin?

    Jumlah peruntukan tahunan bagi tujuan pembersihan Pusat Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Kuantan adalah sebanyak RM 120,000 (RM 10,000 sebulan). Pembersihan tersebut meliputi perkara berikut:-

    • Pemotongan rumput
    • Pembersihan tandas, longkang, bilik tayangan dan kaunter iii. Penyelenggaraan landskap
  3. Nyatakan strategi dan promosi bagi mengekalkan kehadiran pelancong ke kawasan ini?

    Antara strategi untuk mengekalkan kehadiran pelancong ke kawasan ini adalah seperti berikut:-

    1. Program Promosi

    Program promosi yang dijalankan secara berterusan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor merupakan salah satu strategi untuk mengekalkan kehadiran pelancong ke Negeri Selangor. Program promosi ini dijalankan di dalam dan luar negara dengan tujuan memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk pelancongan Negeri Selangor termasuk produk eko-pelancongan iaitu Taman Alam dan Kelip-kelip Kampung Kuantan.

    Program promosi luar negara yang dijalankan pada tahun 2013 adalah seperti berikut:-

    • Asean Tourism Forum, Laos
    • Arabian Travel Mart Dubai
    • North China Tourism Fair (NCTF) 2013, Beijing
    • Indonesia Travel Expo
    • India (South Asia Travel & Tourism Exhibition – SATTE 2013) Ø Malaysia Truly Asia Travel Fair, Singapore

    Bagi tahun 2014, Tourism Selangor akan menjalankan program promosi ke luar negara seperti yang berikut:-

    • Asean Tourism Forum, Sarawak
    • Sales Mission to India
    • Arabian Travel Mart Dubai
    • Selangor Meets Indonesia
    • ITB Asia Singapura
    • Sales Mission to China Pakej-Pakej Pelancongan

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor juga telah melancarkan pakej-pakej yang menarik khusus untuk Tahun Melawat Malaysia 2014.  Pakej-pakej dibuat bagi menarik lebih ramai pelancong datang melawat Negeri Selangor. Pakej-pakej tersebut meliputi pakej pelancongan kesihatan, membeli-belah, pelancongan agro, pelancongan eko, taman tema dan sebagainya. Terdapat juga pakej khusus untuk pakej pelancongan Taman Alam dan Kelip-kelip Kampung Kuantan.

    iii. Familiarization Trip ‘FAM Trip’

    Tourism Selangor juga akan membawa lawatan-lawatan untuk para media mahupun lain-lain ‘fam tour’ serta agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara bagi mempromosikan produk-produk pelancongan secara terus kepada ‘key players’ dan agensi-agensi pelancongan.  Secara tidak langsung sektor pelancongan dapat dipertingkatkan lagi.

    Taman Alam dan Kelip-kelip Kampung Kuantan sering menjadi destinasi pilihan untuk program Fam Trip ini.  Peserta-peserta Fam Trip akan diperkenalkan dengan produk operator dan diberi taklimat tentang aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan.

    Fam Trip yang telah dijalankan sepanjang tahun 2013 adalah seperti berikut:

    • FAM Tour (Moto GP)
    • Fam Tour Ryan International School Mumbai, India Ø Fam Trip (Pesta Floria) Website

    Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai pengguna mendapatkan maklumat melalui internet.  Oleh yang demikian, Tourism Selangor mengambil pendekatan untuk mempromosikan produk-produk pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor termasuklah Taman Alam dan Kelip-kelip Kampung Kuantan melalui website.  Tambahan pula, website merupakan medium yang amat berkesan untuk mendapatkan maklumat pelancongan. Secara tidak langsung, promosi melalui website ini dapat meningkatkan dan mengekalkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.