Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

354) ECRL

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pampasan ex-gratia yang dibayar sebagai ganti rugi kepada penduduk Gombak Setia yang terlibat dalam jajaran Rel Pantai Timur (ECRL)? Berapa jumlah penerima terlibat dan berapa jumlah yang pembiayaan yang dikeluarkan oleh Malaysian Railway Link (MRL)?

    Jajaran ECRL di kawasan Gombak Setia adalah melibatkan jajaran C1B yang mana terdapat dua buah kampung yang terlibat dengan pampasan ex-gratia. Bayaran ini adalah kepada pemilik struktur yang telah dibina di atas tanah milikan Kerajaan dan juga penyewa struktur yang terlibat. Butiran kampung yang terlibat adalah seperti berikut :

    Kampung Desa Mukmin

    Hakmilik Tanah : Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan Tanah Milik Kerajaan

    Bilangan Struktur :135 struktur (164 pintu)

    Nilaian bayaran yang diberikan bagi struktur yang terlibat adalah merujuk kepada nilaian dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Gombak melalui lawatan yang diadakan. Serahan cek bayaran telah diberikan kepada setiap pemilik serta penyewa yang terlibat melalui Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dengan jumlah bayaran RM10,108,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Juta Seratus Lapan Ribu).

     

    Kampung Sungai Chincin

    Hakmilik Tanah : Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan Tanah Milik Kerajaan

    Bilangan Struktur : 28 struktur (kediaman dan bengkel/komersial)

    Nilaian bayaran yang diberikan bagi struktur yang terlibat adalah merujuk kepada nilaian dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Gombak melalui lawatan yang diadakan. Serahan cek bayaran telah diberikan kepada setiap pemilik serta penyewa yang terlibat melalui Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dengan jumlah bayaran RM1,009,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Sembilan Ribu)

    Jumlah bayaran keseluruhan bagi ex-gratia bagi Kg Desa Mukmin dan Kg Sungai Chincin adalah RM11,117,000.00 (Ringgit Malaysia Sebelas Juta Seratus Tujuh Belas Ribu)

Lampiran

Tiada Lampiran.