Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

17) EAST COST RAIL LINE (ECRL)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan hutan-hutan yang akan dilalui oleh jajaran projek ECRL?

    Secara dasarnya belum ada permohonan rasmi diterima daripada pemaju/konsesi projek ECRL kepada Kerajaan

  2. Apakah pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meminimumkan kemusnahan hutan-hutan tersebut?

    Kerajaan Negeri akan mendapatkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA) dan akan membuat semakan ke atas laporan tersebut terlebih dahulu. Pihak Kerajaan Negeri juga akan mendapatkan maklumbalas daripada Jawatankuasa Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Setelah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri, langkah-langkah mitigasi dan syarat-syart serta peraturan- peraturan yang akan ditetapkan oleh oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkaitan perlu dipatuhi sepenuhnya terutamanya bagi kawalan alam sekitar dan pengurangan kemusnahan

    Maklumat Tambahan :

    Berdasarkan dokumen maklumat Environmental Impact Accessment Report (Phase 2) mendapati bahawa pembinaan jajaran projek ECRL mengandungi beberapa jenis laluan rel iaitu terowong, bertingkat atau di atas tanah. Bagi jajaran laluan yang melalui HSK, jenis-jenis laluan rel adalah seperi berikut:

     

    Bil Nama Hutan Simpan Keluasan

    (Ha)

    Panjang

    laluan (KM)

    Jenis jalan
    1. HS Ulu Gombak 6.5 Terowong
    2. HS Templer 2.6 Terowong
    3. HS Serendah 5.0 Terowong
    4. HS Rantau Panjang 19.6 3.0 Bertingkat

    /Tanah

      Jumlah 19.6 16.1  

    Nota : Penentuan keluasan kawasan bagi jenis jalan terowong (1–3) hanya dapat ditentukan melalui pelan sebenar yang perlu disediakan oleh pemaju.

    Penggunaan rel terowong akan dapat menghindarkan kemusnahan hutan di dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Selangor. Bagi laluan rel yang melalui HS Rantau Panjang adalah merupakan kawasan Ladang Hutan yang telah diberikan Permit Penggunaan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.