Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

289) EAST COAST RAIL LINE (ECRL)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Kerajaan Negeri dimaklumkan tentang rancangan Kerajaan Persekutuan berkenaan sebahagian East Coast Rail Line (ECRL) di Negeri Selangor?

    1. a) , b) dan c)

     

    Melalui penelitian saya, dua soalan telah ditanyakan tentang perkara berkaitan

    East Coast Rail Link (ECRL). Soalan-soalan tersebut datangnya dari:

    No Soalan Nama ADUN Tajuk Soalan
    110 Gombak Setia PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL)

     

     

    a)                  Apakah   status   terkini   tanah-tanah   yang   terlibat dengan projek Keretapi Laju ke Pantai Timur.

     

    b)                  Berapakah pampasan yang penduduk akan perolehi

     

    Izinkan saya untuk menjawab bersekali soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung status pelaksanaan projek East Coast Rail Link (ECRL).

    Tuan Speaker,

     

    • Pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link – ECRL)

    hanya  dimaklumkan  kepada  Kerajaan  Negeri  Selangor  melalui mesyuarat

    penubuhan Jawatankuasa Pemandu Projek Laluan Rel Pantai Timur Bil.1/2017 pada 25 Januari 2017 bertempat di Kementerian Kewangan, di mana Kerajaan Negeri Selangor dilibatkan di dalam jawatankuasa tersebut.

    Lanjutan daripada mesyuarat itu, pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), selaku pemaju projek yang dilantik telah memohon untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Dato’ Menteri Besar Selangor pada 20 Julai 2017 bagi membincangkan pelaksanaan projek ECRL yang akan melibatkan sebahagian kawasan di dalam Negeri Selangor. MRL merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan adalah pemilik aset

    Di pihak Kerajaan Negeri, itu sahaja pemakluman tentang pelaksanaan projek ECRL Fasa Pertama iaitu bagi jajaran Kota Bharu ke ITT Gombak dan masih terlalu awal untuk Kerajaan Negeri memberi apa-apa ulasan tentang projek ini. Berhubung dengan projek ECRL Fasa kedua yang menghubungkan ITT Gombak ke Pelabuhan Klang, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang maklumat

    Oleh yang demikian, pada masa ini, tiada sebarang keputusan di peringkat Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan pembangunan projek ECRL. Bagi menjawab pertanyaan oleh Yang Berhormat Gombak Setia, Kerajaan Negeri belum menerima apa-apa permohonan berkaitan tanah-tanah yang terlibat. Oleh itu, tiada sebarang perbincangan berkaitan perihal tanah mahupun jumlah pampasan yang akan diberikan kepada penduduk

  2. Adakah Kerajaan Negeri ada maklumat tentang ECRL fasa kedua yang menghubungi ITT Gombak-Pelabuhan Klang?

  3. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap projek ini?

Lampiran

Tiada Lampiran.