Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
232) EAST COAST RAIL LINE (ECRL)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang projek ECRL?
Pada masa ini, tiada sebarang ketetapan yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri berhubung pelaksanaan projek East Coast Rail Link (ECRL) kerana masih ditangguhkan untuk semakan dan kajian semula pelaksanaannya oleh Kerajaan Persekutuan termasuk mengenalpasti kedudukan stesen-stesen yang bakal dibangunkan.
Sekiranya projek ini diputuskan untuk diteruskan pelaksanaannya oleh Kerajaan Persekutuan, pihak Malaysia Rail Link (MRL) atau yang dilantik sebagai pemaju projek perlu mematuhi syarat-syarat dan keperluan yang ditetapkan Kerajaan Negeri Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat, tiada sebarang perkembangan berkaitan pembinaan stesen ECRL di Gombak sehingga perkara ini dimuktamadkan di peringkat Kerajaan Persekutuan.
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mengenalpasti stesen-stesen yang bakal dibangunkan di Selangor?
Sama seperti di SUB (a)
-
Apakah status pembinaan stesen ECRL di Gombak?
Sama seperti di SUB (a)