Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
236) EARLY INTERVENTION PROGRAMME
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Early Intervention Programme di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
Dalam menjadikan Negeri Selangor terus makmur dan sejahtera, Program Early Intervention Programme (EIP) telah dilaksanakan bermula tahun 2017 sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap golongan kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.
Melalui program ini, Kerajaan Negeri dapat membantu institusi dan badan kebajikan yang menjalankan EIP di Selangor dengan menyalurkan bantuan kewangan untuk dimanfaatkan secara maksimum melalui penyediaan pendidikan dan pelbagai jenis terapi yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Pemberian sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan Kerajaan Negeri terhadap institusi berkenaan dalam menyantuni golongan kanak-kanak berkeperluan khas.
-
Senaraikan penerima peruntukan Early Intervention Programme RM 3 juta serta jumlah yang diterima.
Senarai institusi dan badan kebajikan yang telah menerima sumbangan Program EIP adalah seperti berikut:-
Bil Nama dan alamat institusi / badan kebajikan Amaun diterima 1. Pusat Asuhan Kanak-kanak Autisme, Andra Uphill Taska Andra, No,1, Jalan SM3, Taman Salak Maju, 43900 Salak Tinggi, Selangor.
RM50,000.00 2. Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus Sdn. Bhd.
Lot U-72-G & U-72-1, Jalan PJU 5/22, Red Carpet
Avenue, Encorp Strand Mall, 47810 Kota
Damansara, Petaling Jaya, Selangor
RM100,000.00 3. Inisiatif Sokongan Autisme Nouri Berhad (InSaNi)
No 30 Jalan SU 34, Taman Selayang Utama,
68100 Batu Caves, Selangor
RM100,000.00 4. The National Autism Society Of Malaysia (NASOM)
No. 5, Lorong Sepat 2, Taman Bertek Teluk Pulai,
41300 Klang, Selangor
RM100,000.00 5. The Olive Trees School (tOts) No. 1-1-01, D’Vida Commercial Centre, Jalan
Bazar U8/101, Bukit Jelutong, Seksyen U8, 40150
Shah Alam, Selangor
RM100,000.00 6. Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang No. 17, Jalan Seksyen 2/14, Taman Kajang
Utama, 43000 Kajang, Selangor
RM100,000.00 Bil Nama dan alamat institusi / badan kebajikan Amaun diterima 7. Persatuan Kebajikan Anak-anak Istimewa Selangor (ORKIDS)
ORKIDS Office, No. 2, Jalan 22/57, SS1, Petaling
Jaya, Selangor
RM100,000.00 8. Kiwanis Down Syndrome Foundation Lot 13490, Jalan Jenjarum, Off Jalan SS23/1,
Taman SEA, 47400 Petaling Jaya, Selangor
RM100,000.00 JUMLAH RM750,000.00