Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

100) E-WALLET (WAVPAY)/ PENDIGITILISASIAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukkan bagi pembangunan ewallet (wavpay)?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 20/2020 pad 30 Jun 2020 telah meluluskan pelaksanaan projek e-wallet Kerajaan Negeri bagi Agenda Cashless dan E-Servis Selangor dengan peruntukan sebanyak RM10.0 juta.

  2. Kenapa wavpay tidak diperluaskan seperti touch n go?

    Wavpay mengambil pendekatan yang konservatif berbanding e-wallet lain seperti Touch n Go, dengan berbelanja secara berhemah bagi memastikan kedudukan kewangan baik. Sehubungan itu, pendekatan Wavpay adalah untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bagi melengkapkan eWallet Wavpay terlebih dahulu sebelum membuat promosi secara besar-besaran. Melalui kolaborasi dengan syarikat seperti Mydin, MyTukar dan lain-lain, Wavpay dapat memanfaatkan pelanggan rakan kongsi bagi tujuan mempromosikan eWallet Wavpay. Pendekatan secara berperingkat ini akan memastikan kemampanan perniagaan.

  3. Apakah langkah bagi pembangunan atau meluaskan rangkaian wavpay dalam kalangan masyarakat?

    Wavpay telah menyediakan Plan Perniagaan (Business Plan) dan Roadmap bagi 5-tahun kehadapan untuk pembangunan perniagaan-perniagaan Wavpay merangkumi e-Wallet, pinjaman mikro kredit dan e-Commerce yang telah dibentangkan dan diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Wavpay yang juga diwakili oleh pegawai-pegawai dari Kerajaan Negeri dan MBI. Mulai November 2023, Wavpay telah menawarkan opsyen pembayaran melalui Duitnow yang memberi akses pembayaran kepada anggaran 1.5 juta peniaga (merchants).

Lampiran

Tiada Lampiran.