Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

165) MASALAH BERKAITAN PEMBANTU AMIL KARIAH MASJID YANG ENGGAN BEKERJASAMA DENGAN PENGERUSI MPKK/PENASIHAT MASJID DAN BIDANG KUASA PEMBANTU AMIL

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang dapat dilakukan Lembaga Zakat Selangor bagi memastikan Pembantu Amil Kariah Masjid bekerjasama dengan Ketua Kampung?

    Ketetapan LZS dalam memilih atau melantik Penolong Amil Kariah (PAK) adalah dengan kerjasama dengan pengurusan masjid. Pencalonan nama Penolong Amil Kariah (PAK) adalah melalui cadangan yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Masjid. Struktur lantikan PAK adalah diketuai oleh seorang Ketua Penolong Amil Kariah (KPAK) yang majoritinya terdiri daripada nazir dan pengurus masjid.

  2. Mengapakah Lembaga Zakat Selangor memberi kuasa mutlak kepada Pembantu Amil Kariah bagi menguruskan permohonan asnaf kariah dan tidak melalui Ketua Kampung/Penasihat Masjid?

    Untuk makluman, kerjasama dalam menyantuni asnaf LZS tidak terhad kepada PAK semata-mata. Sebaliknya, banyak pihak terlibat termasuklah Ketua Kampung, Penghulu, pemimpin masyarakat setempat, sekolah (melalui pengetua, pengurusan dan Guru Hal Ehwal Murid). Malahan, pihak ini juga terlibat dalam menandatangani pengesahan borang permohonan bantuan zakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.