Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

27) E-COMMERCE DAN SMART SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan dalam membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam bidang e-commerce?

    Rancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu IKS adalah untuk mendidik, memahirkan, serta menyokong IKS dalam nuansa-nuansa ecommerce. Salah satu program untuk memajukan rancangan ini merupakan Program Online 100, yang dilaksanakan oleh Selangor Information Technology and E-Commerce Council atau SITEC, yang pada masa kini telah memahirkan 220 perniagaan kecil dalam bidang e-commerce. Jumlah jualan bernilai RM4 juta – melalui pasaran-pasaran Lazada, 11street, Logon, serta YouBeli – telah pun dicapai oleh peserta-peserta program ini.

    Selain itu, kelas untuk meningkatkan kemahiran peniaga-peniaga IKS dalam bidang e-commerce telah dilaksanakan juga oleh SITEC, dalam bentuk ECommerce Class yang dijalankan dalam tiga Bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina.

    Tidak kecuali juga inisiatif baru untuk membawa pengetahuan kepada peniagapeniaga IKS, iaitu program SITEC Academy yang juga dilaksanakan oleh SITEC, yang menyediakan bahan serta sumber seara atas taliaan, untuk menyenangkan peniaga-peniaga yang ingin memahirkan diri dalam bidang e-commerce untuk menimba ilmu.

  2. Bagaimana e-commerce yang dilaksanakan di Selangor memberi manfaat kepada golongan peniaga kecil dan penjaja?

    Manfaat yang pertama dan yang paling ketara adalah peningkatan kemahiran teknikal peniaga-peniaga IKS untuk memajukan diri mengikut zaman.

    Dengan berbekalkan ilmu ini, wujudlah manfaat yang kedua – pasaran sasaran peniaga-peniaga IKS ini dapat diluaskan, bukan sahaja ke tahap daerah, bukan sahaja ke tahap negeri, tetapi ke tahap kebangsaan serta antarabangsa, sekaligus meningkatkan jumlah jualan mereka. Tahap kualiti produk peniagapeniaga, serta daya layanan pelanggan, ditingkatkan juga melalui peluasan pasaran sasaran.

    Peniaga-peniaga juga telah dibantu dari segi pemasaran produk serta perniagaan mereka. Melalui ekspo-ekspo serta acara-acara yang diadakan, seperti Selangor International Expo serta Smart City Conference, tidak ketinggalan juga kempen promosi, jumlah jualan dalam lingkaran berjuta telah dicapai oleh IKS-IKS juga.

    Manfaat ketiga berkaitan pula dengan produk negara. Dengan kemahiran               e-commerce, produk-produk tempatan juga dapat dipamerkan kepada negaranegara di luar sana, untuk menunjukkan bahawa Selangor dan Malaysia menghasilkan produk yang berkualiti.

Lampiran

Tiada Lampiran.