Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

67) DUTI HIBURAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan pengecualian duti hiburan untuk bayaran masuk pertunjukan pentas yang bertiket bagi artis tempatan pada tahun 2024?

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 20/2023 yang bersidang pada 1 September 2023 dan disahkan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 21/2023 yang bersidang pada 6 September 2023 telah menimbangkan dan meluluskan cadangan pengecualian Duti Hiburan bagi aktiviti pertunjukan pentas (bertiket) bagi artis tempatan di Negeri Selangor berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.