Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

32) DUA TAHUN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prestasi ekonomi Negeri Selangor dalam masa pemerintahan Pakatan Rakyat?

    1. Ekonomi global telah mula menunjukkan tanda-tanda kestabilan pada suku kedua tahun 2009. Ini telah dicerminkan oleh peningkatan pengeluaran industri dan eksport dan telah menghasilkan pertumbuhan KDNK yang lebih baik di beberapa negara   Bagi  negeri Selangor, jangkaan pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2010 adalah dianggarkan dalam sekitar 2% – 3% berbanding keadaan yang menguncup pada tahun  2009.  Kerajaan sangat optimis bahawa pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi 5 tahun yang akan datang akan meningkat dan kekal positif melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Inisiatif kerajaan bagi menggiatkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri termasuklah :-

     

    1. Menggalakkan penglibatan pihak swasta bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri;
    2. Melaksanakan amalan     ketelusan    (transparency)   dalam    semua    peringkat pentadbiran;
    • Merangka perbelanjaan dengan berkhemah dan tiada pembaziran;
    1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian agensi dan anak syarikat Kerajaan;
    2. Meningkatkan jumlah pelaburan pelabur-pelabur sedia ada serta menarik pelaburan baru ke negeri

     

    Tumpuan utama akan diberi kepada sektor-sektor perdagangan dan perkhidmatan  seperti logistik, kewangan dan ICT. Sektor perkhidmatan ini dianggar  akan  tumbuh  positif dan memberi sumbangan yang lebih tinggi kepada KDNK negeri Selangor. Pertumbuhan ini akan dipacu oleh kecergasan aktiviti subsektor komunikasi, kewangan, insurans, perdagangan borong dan runcit dan yang berkaitan dengan sektor perkhidmatan.

     

  2. Apakah kejayaan-kejayaan utama dalam masa dua tahun pemerintahan?

    1. Pelbagai usaha dan langkah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat Negeri Selangor umumnya. Antara kejayaan- kejayaan yang telah dicapai dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam masa dua tahun pemerintahan adalah seperti berikut:

     

    Merakyatkan ekonomi Selangor (MES)

     

    1. Pertama, Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) telah mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat negeri Selangor. Sehingga Januari 2010, seramai 15,209 orang anak kelahiran negeri Selangor yang menepati syarat telah diluluskan untuk program Tabung Warisan Anak Selangor. Jumlah yang diperuntukkan untuk program TAWAS dari tahun 2008 ke tahun 2009 ialah sebanyak RM13.5 juta. Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan pendidikan awal kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan tonggak pembangunan modal insan bagi negeri Selangor, lebih-lebih lagi yang dijayakan program TAWAS.

     

    1. Kedua, Program Bekalan Air Percuma membolehkan rakyat negeri Selangor yang mempunyai meter individu menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu. Kerajaan Negeri berusaha meneruskan program air percuma ini kerana ia ternyata membantu mengurangkan beban kewangan rakyat dalam perbelanjaan utiliti yang semakin meningkat. Dalam hal ini, sebanyak RM200 juta sudah dibelanjakan untuk dinikmati oleh rakyat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan setiap keuntungan yang diperoleh daripada hasil penyusunan semula industri air akan digunakan untuk kepentingan

     

    • Ketiga, melalui Program Hadiah Anak Masuk Universiti Kerajaan Negeri memberikan wang tunai RM1,000 kepada anak Selangor yang mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi. Sehingga Disember 2009, seramai 9,581 pelajar telah menerima hadiah RM1,000 setiap seorang bagi menampung keperluan kewangan semasa mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM8.5 juta untuk program ini pada tahun 2009 dan RM7.7 juta bagi tahun

     

    1. Keempat, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dilancarkan bagi membantu mengurangkan beban kewangan waris warga emas di negeri Selangor untuk memastikan agar setiap warga emas dan orang kurang upaya (OKU) diberi penghargaan dan penghormatan yang sewajarnya. Sehingga Januari 2010, seramai 9,131 orang waris menerima faedah daripada skim tersebut. Di samping itu, seramai 114,699 orang telah mendaftarkan diri dalam skim ini termasuk Wilayah Persekutuan dan 104,819 orang di Selangor, iaitu lebih kurang 44 peratus daripada sasaran iaitu 236,000 orang warga emas di kerajaan negeri Selangor.

     

    1. Kelima, bagi pelaksanaan program MES seterusnya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi melaksanakan Program Meningkatkan Hasil Batuan dan Mineral. Sehingga Disember 2009, hasil daripada penjualan pasir yang telah diterima dan dikumpulkan adalah

     

     

     

    berjumlah RM35juta dan royalti yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM7.2juta.

     

    1. Keenam, Program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) di mana sebanyak 6 buah Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah diwujudkan iaitu di Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Klang dan Hospital Kajang. Sehingga kini sebanyak 37 buah DUN, iaitu 64.28% telah melaksanakan program seminar OSCC di DUN masing-masing. Purata  kehadiran peserta sekitar 88.47% di setiap DUN. Melalui maklum  balas  awal yang diterima, lebih 90% daripada para peserta sama ada tidak pernah mendengar atau mengetahui tentang kewujudan OSCC serta peranan dan khidmat yang boleh didapati walaupun ia telah dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1996. Seminar OSCC tersebut telah  memberi  kesedaran dalam mendidik masyarakat tentang keganasan rumah tangga dan memberikan maklumat undang-undang yang berkaitan secara

     

    • Ketujuh, Program Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang diwujudkan dengan bertujuan memberi bantuan kewangan kepada  anak-anak  pekerja ladang untuk menyambung pelajaran dalam kursus kemahiran teknikal di  Sehingga Disember 2009, seramai 154 orang anak pekerja  ladang  telah melanjutkan pelajaran di INPENS dengan bantuan skim tabung ini. Peruntukan sebanyak RM 2 juta telah disalurkan dalam program ini pada tahun 2010 sepertimana yang telah diperuntukkan pada tahun 2009.
  3. Apakah perancangan utama yang akan dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang?

    1. Dalam memastikan ekonomi negeri terus kukuh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan dalam masa yang sama mampu beriringan dengan Kerajaan Persekutuan yang telah mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) baru-baru ini, Kerajaan Negeri telah terlebih dahulu mengorak langkah yang lebih proaktif dengan melancarkan model pembangunan yang lebih komprehensif dan menetapkan Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025 bagi menjadikan “Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.

     

    Berasaskan hala tuju tersebut, Kerajaan menetapkan pelbagai usaha-usaha pembangunan dilaksanakan secara holistik dengan melibatkan pembangunan modal insan yang sentiasa tunduk kepada Penciptanya, pembangunan infrastruktur, ekonomi, urus tadbir yang baik serta tidak melupakan pengurusan alam sekitar. Hala tuju yang holistik ini digariskan melalui 7 teras seperti berikut:-

     

    • Menguruskan negeri maju berteraskan nilai murni, nilai sejagat, keunggulan budaya dan tradisi;
    • Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan;
    • Menyediakan panduan strategik mengenai arah dan corak perbandaran dan penggunaan tanah;
    • Menambah baik tadbir urus;
    • Mengurus pembangunan alam sekitar yang mampan;
    • Memacu pembangunan modal insan;
    • Menjana sumber pertumbuhan baru

     

Lampiran

Tiada Lampiran.