Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
148) DRT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah prosedur yang telah diambil oleh MBI untuk memastikan pelaksanaan inisiatif DRT dijalankan mengikut tatakelola korporat yang telah ditetapkan?
- Menentukan struktur yang jelas untuk pengurusan projek tersebut, seperti penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT Negeri Selangor bagi memastikan perbincangan dan keputusan dibuat secara terperinci oleh ahli jawatankuasa.
- Pemantauan dan penilaian – Operator perlu mengemukakan laporan bulanan terperinci berhubung pelaksanaan program DRT. Laporan tersebut perlu mendapat pengesahan daripada pihak SIDEC bagi memastikan ketepatan dan pematuhan terhadap syarat-syarat program. Pengesahan laporan tersebut merupakan syarat utama bagi melayakkan operator untuk menerima bayaran/insentif yang dipersetujui
- Komunikasi yang berkesan – MBI turut sentiasa memastikan komunikasi yang jelas dan terbuka antara semua pihak yang terlibat dalam projek tersebut serta penyediaan dan simpanan dokumentasi yang lengkap untuk semua fasa projek bagi memastikan ketelusan dan akuntabiliti.
-
Adakah pertimbangan juga akan diberi kepada inisiatif yang lain seperti konsep sewa basikal dan e-Scooter seperti yang telah dilaksanakan di London, Taipei dan ibu kota Kuala Lumpur?
Tiada sebarang perancangan buat masa ini.