Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

134) DRONE

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Selangor bercadang untuk memperkembangkan teknologi drone kepada masyarakat terutama kepada generasi muda dengan menyediakan insentif dan kawasan operasi kepada syarikat-syarikat swasta yg berminat melabur dalam bidang tersebut? Teknologi drone sekarang diguna pakai bukan sahaja di bidang ketenteraan, pengawasan, bahkan dalam bidang pertanian.

    Penggunaan teknologi moden merupakan salah satu faktor utama untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pelbagai industri bagi mencapai pengeluaran yang lebih mampan. Di dalam Pelan Tindakan Khusus Industri Aeroangkasa Selangor 2020 – 2030, salah satu objektif yang ingin dicapai adalah untuk memupuk kepentingan dalam kalangan belia tentang industri aeroangkasa melalui perkara seperti pembangunan teknologi dron. Sebagai bukti Kerajaan Negeri mengambil langkah yang serius untuk memperkembangkan teknologi dron kepada masyarakat di negeri Selangor adalah dengan cadangan pembangunan Selangor Drone Centre of Excellence (SDCoE) di Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya. Pembangunan ini telah dikenalpasti sebagai salah satu inisiatif di dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang akan memacukan ekonomi Aeroangkasa negeri Selangor.

    Selain daripada itu, SDCoE berobjektif untuk membangun dan mempromosikan industri dron di Selangor sebagai hab utama atau “One Stop Centre” bagi semua aktiviti dron di rantau ASEAN seperti:

    1. Research and Design (R&D)
    2. Drone Artificial Intelligent Development (AI)
    3. Testing bed and Common Command Centre
    4. Pilot licensing
    5. MRO (Maintenance repair and overhaul) bagi dron
    6. Recreational flying dan Drone racing
    7. Coworking space

    Salah satu insentif di dalam cadangan pembangunan SDCoE adalah co-working space di mana syarikat – syarikat dron boleh berkongsi ruang pejabat, dan infrastruktur yang sama, sekaligus menjimatkan kos operasi syarikat – syarikat tersebut. Syarikat – syarikat ini juga dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan pihak universiti untuk membangunkan program ataupun kursus – kursus yang memenuhi syarat yang diperlukan bagi seseorang melibatkan diri dalam sektor dron dan sejurusnya memupuk minat dalam kalangan belia untuk menceburi sektor ini.

    Tambahan pula, salah satu rangka kerja pembangunan Selangor Drone CoE adalah mengenalpasti pangkalan-pangkalan dan laluan udara dron supaya dron digunapakai dengan selamat dan efektif. Hal ini dapat menjadi negeri Selangor sebagai negeri mesra pembangunan dron. Pusat pengawasan dron-dron di negeri Selangor juga akan terletak di Selangor Drone CoE. Kerajaan Negeri juga telah mengendalikan Misi Pengalakkan ke Singapura, dan juga United Kingdom bagi memahami dan juga mengenalpasti ruang kolaborasi bersama mereka untuk membangunkan sektor pembangunan dron terutamanya di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.