Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

175) DOS “BOOSTER” DI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan mulakan vaksinasi SelVAX komuniti dan industri dos ketiga di Selangor?

    Soalan ini telah dijawab bersekali dengan soalan dari:

    Balakong (N27) No.173 (a);

    Sungai Air Tawar (N01) No.238 (a);

    Bukit Gasing (N34) No.246 (a); dan

    Rawang (N14) No.247 (a).

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar vaksinasi yang tinggi di kalangan rakyat merupakan salah satu langkah dalam memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan seperti biasa, dengan pendekatan norma baharu. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Vaksin Selangor (SelVAX) yang dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 30 Jun 2021. SelVAX yang bertujuan mempercepatkan kadar imunisasi rakyat negeri Selangor bagi tujuan mencapai imuniti kelompok memberikan tumpuan kepada petugas barisan hadapan ekonomi melalui SelVAX Industri dan komuniti setempat melalui SelVAX Komuniti dan Remaja.

    Susulan daripada kelulusan penggunaan vaksin Sinovac sebagai dos penggalak (booster dose) oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 17 November 2021, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi membenarkan rakyat Selangor mendapatkan dos penggalak di klinik-klinik panel Selcare secara jumpa terus (walk in). Perincian bagi perkara ini sedang diperhalusi bersama pihak Selcare dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

  2. Berapakah jumlah orang yang telah terima dos ketiga daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan program SelVAX? Sila pecahkan kepada pekerjaan masing-masing,

    Untuk makluman Yang Berhormat, tiada lagi rakyat negeri Selangor telah menerima dos penggalak di bawah Program SelVAX. Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang menumpukan usaha bagi memastikan rakyat menerima dos pertama dan dos kedua terlebih dahulu.

Lampiran

Tiada Lampiran.