Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
299) DOLEMITE TEMPLER SELAYANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Isu jalan keluar masuk di Dolemite Templer Selayang sehingga kini tidak diselesaikan oleh pihak pemaju.
Untuk makluman Yang Berhormat, Pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Gombak telah menegaskan kepada pihak pemaju melalui surat terkini pada awal Julai 2022 di mana pihak pemaju masih perlu bertanggungjawab terhadap penyenggaraan jalan di kawasan tersebut.
Pihak JKR juga menegaskan tidak teragak-agak untuk menyenarai hitam kan pemaju tersebut dan mencadangkan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang untuk tidak menyokong sebarang permohonan pembangunan masa hadapan.