Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
68) DIVIDEN YANG DIBERI OLEH ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN KEPADA KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Selain daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd, nyatakan anak-anak syarikat GLC lain yang telah memberi dividen kepada Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008
Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi.
Berikut merupakan senarai Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor :-
Bil Anak Syarikat / Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor 1 Permodalan Negeri Selangor Berhad 2 Bukit Beruntung Golf & Country Resort 3 Tourism Selangor Sdn Bhd 4 Communication Corporation Sdn Bhd 5 Rantaian Mesra Sdn Bhd 6 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 7 MSNS Holdings Sdn Bhd 8 Kumpulan Darul Ehsan Berhad 9 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 10 Invest Selangor Berhad 11 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 12 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor Selain daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak-anak syarikat lain yang telah memberi dividen kepada Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008 adalah seperti maklumat berikut :-
Bil Anak Syarikat Jumlah dividen tahun 2008 – 2014 (RM) Tahun kewangan 1 Permodalan Negeri Selangor Berhad *14,400,000.00 2008 – RM1.2 juta 2009 – RM1.2 juta
2010 – RM2.4 juta
2011 – RM2.4 juta
2012 – RM2.4 juta
2013 – RM2.4 juta
2014 – RM2.4 juta
2 Bukit Beruntung Golf & Country Resort TIADA TIADA 3 Tourism Selangor Sdn Bhd TIADA TIADA 4 Communication Corporation Sdn Bhd TIADA TIADA 5 Rantaian Mesra Sdn Bhd TIADA TIADA 6 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd TIADA TIADA 7 MSNS Holdings Sdn Bhd *13,760.08 2013 – RM5,616.00 2014 – RM8,144.08
8 Kumpulan Darul Ehsan Berhad TIADA TIADA 9 Invest Selangor Berhad TIADA TIADA 10 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) TIADA TIADA 11 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor TIADA TIADA Dividen dibayar kepada MBI
-
Mengapakah terdapat anak-anak syarikat GLC yang masih gagal memberi dividen kepada Kerajaan Negeri Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, selain daripada tiga (3) anak syarikat Kerajaan Negeri yang membuat bayaran dividen tersebut, terdapat tujuh (7) syarikat yang menjalankan program Kerajaan Negeri yang tidak bermotifkan keuntungan seperti senarai berikut :-
Bil Anak Syarikat 1. Tourism Selangor Sdn Bhd 2. Communication Corporation Sdn Bhd 3. Rantaian Mesra Sdn Bhd 4. Invest Selangor Berhad 5. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 6. Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor 7. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd Sehubungan itu, Kerajaan Negeri tidak mengarahkan anak-anak syarikat di atas tersebut untuk membuat pembayaran dividen kepada Kerajaan Negeri.
Manakala, terdapat dua (2) anak syarikat Kerajaan Negeri yang merekodkan keuntungan di tahap sangat minimum/kerugian tahunan yang berterusan yang seterusnya menyebabkan syarikat-syarikat tersebut gagal untuk membuat pembayaran dividen kepada Kerajaan Negeri seperti berikut :-
Bil Anak Syarikat 1. Bukit Beruntung Golf & Country Resort 2. Kumpulan Darul Ehsan Berhad Walaupun Kumpulan Darul Ehsan Berhad tidak membayar dividen kepada Kerajaan Negeri, KDEB telah memberikan sumbangan bagi program-program Kerajaan Negeri. Pada tahun 2015, pihak KDEB telah menyumbang dalam pelbagai program Kerajaan Negeri seperti contoh yan berikut :-
Bil Nama program Jumlah sumbangan (RM) 1. Program Rangsangan Tanggungjawab Masyarakat Selangor (RTMS) 2015 416,400.00 2. Program Rangsangan Sukan Selangor (RSS) 2015 1,431,428.00 3. Program Rangsangan Usahawan Selangor (RUS) 2015 616,118.00 Jumlah 2,463,946.00 -
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan anakanak syarikat GLC negeri memberi dividen sebagai pulangan pelaburan kepada kerajaan negeri?
Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa membuat pemantauan berterusan ke atas anak-anak Syarikat yang mengalami kerugian tersebut bagi membantu memulihkan kedudukan kewangan mereka. Sebagai langkah yang lebih komprehensif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) baru–baru ini telah menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi membantu Kerajaan Negeri dalam menstrukturkan semula fungsi dan peranan anak syarikat. Perancangan ini dijangkakan dapat mengukuhkan lagi strategi korporat serta tadbir urus syarikat yang seterusnya dapat memberikan pulangan kepada pelaburan Kerajaan Negeri.