Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

11) DIVIDEN DARIPADA KONSESI TOL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dividen yang telah diterima oleh kerajaan daripada konsesi tol sejak Kerajaan Negeri memegang kepentingan syer di setiap konsesi tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung

    Jumlah dividen terkumpul yang telah diterima oleh PKNS melalui pegangan saham 30% di dalam Kesas Holdings Bhd. dari tahun 2004 – 2015 adalah sebanyak RM178,875,614.00

  2. Nyatakan kesemua lebuh raya yang dipegang syer oleh Kerajaan Negeri sama ada secara langsung atau tidak langsung serta peratusan syer yang dipegang oleh kerajaan di setiap konsesi tersebut

    PKNS memegang sebanyak 30% pegangan saham di dalam Kesas Holdings Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.