Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

212) DISKAUN PEMBELIAN RUMAH BUMIPUTERA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jenis rumah yang masih memiliki diskaun pembelian bumiputera dan jumlahnya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jenis rumah yang mempunyai diskaun Bumiputera adalah terdiri daripada kategori Rumah Harga Bebas (pasaran terbuka).

    Untuk makluman Yang Berhormat juga, pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor hanya menguruskan rumah mampu milik (Rumah Selangorku) di mana setiap pemaju perlu menyediakan serta melaksanakan 10 peratus hingga 50 peratus dan selebihnya merupakan Rumah Harga Bebas.

  2. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menghapuskan diskaun bumiputera bagi mewujudkan konsep sama rata kepada pembeli?

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menghapuskan pemberian diskaun Bumiputera kepada bakal pembeli- pembeli Bumiputera. Kadar pemberian diskaun Bumiputera adalah sebanyak 7 peratus bagi kategori perumahan/ kediaman harga bebas dan sebanyak 10 peratus untuk kategori perniagaan dan perindustrian adalah kekal sehingga ke hari

Lampiran

Tiada Lampiran.