Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
128) DISKAUN BIL AIR DALAM PANDEMIK
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Air Selangor akan memberi diskaun untuk bil air dalam pandemik COVID-19 ini?
Sepertimana YB Pandamaran sedia maklum, pihak Kerajaan Negeri telah melaksanakan program subsidi air kepada isi rumah B40 yang layak di Negeri Selangor melalui program Skim Air Darul Ehsan (SADE). Oleh yang demikian, tiada diskaun lain dirancang bagi bil penggunaan air. Tambahan lagi, pihak syarikat Air Selangor juga turut menerima kesan negatif daripada pandemik Covid-19 apabila terdapat pengurangan penggunaan air terutama bagi sektor industri dan komersil. Air Selangor juga masih belum melaksanakan sebarang kenaikan tarif di dalam tempoh 15 tahun.
-
Jika ya, sila nyatakan berapakah yang akan diberi dan nyatakan sebab-sebab jika tidak?
Program SADE telah menetapkan bahawa isirumah B40 di Selangor yang layak, akan menerima subsidi air bagi penggunaan sehingga 20-meterpadu (m³) sebulan atau bersamaan RM11.40 bagi setiap akaun untuk setiap bulan. Sehingga Julai 2021, sebanyak 272,706 akaun pengguna telah menerima SADE. Ini termasuk pengguna akaun meter pukal dibawah kategori pangsapuri kos rendah yang menerima secara automatic dibawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Bermula bulan Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM30,820,513 untuk SADE. Bagi tahun 2021, anggaran peruntukan untuk SADE adalah RM 40 juta dengan anggaran penerima sebanyak 300,000. Manakala bagi tahun 2022 pula, anggaran peruntukan untuk SADE adalah RM 45 juta dengan anggaran penerima sebanyak 320,000.