Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
155) DISIBEL AZAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah had suara (desibel) bagi Azan yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri bagi semua masjid dan surau di Selangor?
Buat masa ini, tiada ketetapan had desibel suara azan bagi masjid dan surau. Melaungkan azan merupakan syiar Islam. Menurut hukum syarak, azan yang dikumandangkan hendaklah didengar sebahagian umat Islam dalam satu kawasan atau kampung yang mempunyai masjid atau surau.
Walau bagaimanapun bagi aktiviti masjid/surau yang lain seperti ceramah dan kuliah hendaklah menggunakan pembesar suara di dalam bangunan masjid atau surau sahaja.
Ketetapan ini adalah selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bertarikh 16 Oktober 2017.