Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

376) DIGITALISASI SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah baik perkhidmatan SMUE melalui digitalisasi?

    Kerajaan Negeri sedang dalam usaha menambahbaik proses permohonan dan pemberian baucer program Skim Mesra Usia Emas menerusi pendigitalan sistem yang dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2024.

  2. Apakah kategori barang yang dibenarkan melalui pemberian baucar Jom Shopping?

    Manfaat pemberian baucer bagi Skim Mesra membenarkan ahli Skim Mesra untuk membuat pembelian barangan di pasaraya terpilih dengan nilai RM150.00. Semua jenis dan kategori barangan adalah dibenarkan, kecuali barangan seperti alkohol, rokok, tambah nilai e-wallet dan tambah nilai pra-bayar telefon.

Lampiran

Tiada Lampiran.