Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
106) DIDUDUKI TEMPAT PARKING SECARA HARAM DI CHERAS INDAH, JALAN PANDAN INDAH (NAMA SYARIKAT:CHEONG HIN) DI KAWASAN MPAJ
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan sebab-sebab MPAJ membenarkan syarikat tersebut diduduki tempat parking dan juga menukar jalan tersebut ke jalan sehala?
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membuat keputusan di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan & Penjaja Bil 11/12/2003 untuk
mempertimbangkan permohonan Syarikat Keong Heng Auto untuk menyewa
tempat letak kereta (Jalan Bunga Melur) dan kawasan kosong di hadapan
bangunan syarikat tersebut untuk digunakan sebagai tempat letak kereta
terpakai bagi tujuan jualan syarikat berkenaan.
MPAJ memberi kelulusan untuk menyewakan kawasan tersebut kepada syarikat
memandangkan pemilikan bangunan yang lebih 90% lot di bangunan itu adalah
milik syarikat tersebut. Selain daripada itu, tempat letak kereta tersebut adalah
bagi keperluan pelanggan yang hadir dan tempat meletak kenderaan jualan
syarikat berkenaan.
Sebelum 2003, beberapa tindakan penguatkuasaan dan kompaun telah diambil
dan pihak syarikat telah merayu serta memohon kebenaran untuk beroperasi
sebagai tempat jualan kereta terpakai. Asas penyewaan adalah berdasarkan
pemilikan bangunan syarikattersebut.
MPAJ juga bersetuju untuk menjadikan jalan di hadapan bangunan berkenaan
sebagai jalan sehala bagi melancarkan aliran trafik di atas persetujuan bersama
pihak PDRM, JKR, Jabatan Kejuruteraan MPAJ, Biro Pengaduan Awam dan
wakil penduduk serta syarikatterbabit. -
Ada apa langkah-Iangkah untuk menyusun balik jalan dan tempat parking di kawasan tersebut?
Majlis PerbandaranAmpang Jaya (MPAJ) mendapatjalan sehala tersebut perlu
dikekalkan dan sejak pelaksanaannya, pihak Majlis tidak menerima sebarang
aduan ataupun bantahan dari mana-mana pihak selain tiada gangguan lalu
lintas. -
Berapa parking lot yang disewa kepada syarikat tersebut?