Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

21) DEWAN SERBAGUNA BANDAR TASIK PUTERI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Sallehudin Bin Amiruddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon penjelasan cadangan projek pembinaan Dewan Serbaguna tersebut akan dilaksanakan dan status terkini cadangan tersebut.

    Pembinaan Dewan Komuniti Bandar Tasik Puteri telah mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM 4,998,900.00 daripada Majlis Perbandaran Selayang. Projek pembinaan Dewan Komuniti Serbaguna ini akan dibina di atas Lot 32081, Jalan Persiaran Tan Sri Low Yow Chuan (Warta Pusat Komuniti). MPS telah melantik Perunding Arkitek pada 27 September 2022 bagi menguruskan pembinaan dewan ini dari penyediaan rekabentuk, pembinaan sehingga memperolehi CCC.

    Dewan Serbaguna ini berkeluasan 912.07m² / 7,649.17 ft² yang mengandungi tiga gelanggang badminton, pentas, bilik VVIP dan lain-lain kemudahan (TLK, tandas OKU).

    Status semasa bagi projek tersebut, pihak perunding yang dilantik sedang dalam proses penyediaan tender untuk pembinaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.