Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

38) DEWAN SERBAGUNA BAGAN HAILAM

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebakaran yang memusnahkan 13 rumah menyebabkan keluarga dalam suasana tahun baru kelam kabut mencari tempat tinggal sementara. Bilakah Kerajaan Negeri mahu membina dewan serbaguna?

    Pihak Majlis perlu mencari tapak / tanah yang bersesuaian untuk mendirikan dewan serbaguna di kawasan Bagan Hailam. Bajet dan peruntukan bagi mendirikan dewan serbaguna tersebut perlu mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Negeri. Untuk makluman, sehingga hari ini pihak Majlis tidak mempunyai dewan serbaguna di kawasan berkenaan.
  2. Balai JKKK juga terlalu uzur dan tidak selamat. Bilakah Kerajaan akan ganti baru? Anggaran Kos?

    Pejabat Daerah/ Tanah Klang telah mengadakan lawatan tapak bersama wakil JKR Klang, Pegawai Petempatan (SO) dan Ketua Kampung Bagan Hailam pada 23 Januari 2018 bagi melihat struktur sedia ada dan cadangan tapak ganti balai JKKK yang berkenaan. Hasil lawatan tersebut, Pejabat Daerah/ Tanah Klang telah mencadangkan satu tapak ganti yang baru berhampiran PT 1020 yang merupakan tanah kerajaan tidak jauh dari balai JKKK sedia ada (lot 7125, PA 29709). Anggaran sebut harga bagi membina dan menyiapkan Balai JKKK Kampung Bagan Hailam yang baru juga telah disediakan iaitu berjumlah RM 283,320.00. Pentadbiran ini juga telah mengemukakan surat permohonan bagi mendapatkan ulasan teknikal struktur balai JKKK sedia ada daripada pihak JKR Klang pada 5 Februari 2018 dan masih menunggu maklum balas tersebut bagi tindakan selanjutnya mengemukakan permohonan peruntukan kepada Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.