Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

34) DEWAN ORANG RAMAI DUN RAWANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status dewan di Lorong Tengah, Kampung Sungai Terentang dan Jalan DKG 4, Kampung Desa Kuala Garing.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dewan di Kampung Sungai Terentang dan Dewan Jalan DKG 4 tidak dibina oleh Majlis Perbandaran Selayang dan tidak berada dalam tanah yang direzabkan kepada MPS.

  2. Siapa mempunyai hak pengurusan dewan yang dinyatakan?

    Dewan Kampung Sungai Terentang diuruskan oleh JKKK Kampung Sungai Terentang sejak sebelum tahun 2008 lagi. Manakala bagi Dewan Jalan DKG 4, pengurusan masih di bawah MCA dan tidak berada dalam tanah yang direzabkan kepada MPS.

  3. Adakah kerajaan akan menyerahkan hak pengurusan kepada MPKK?

    Sejak tahun 2008, MPKK Kampung Sungai Terentang telah menguruskan dewan sehingga kini. Bagi Dewan DKG 4, dewan diuruskan oleh MCA sehingga kini.

Lampiran

Tiada Lampiran.