Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
70) DEWAN ORANG RAMAI DI KAWASAN DUN BALAKONG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan bagi mengadakan dewan orang ramai di kawasan DUN Balakong?
Bagi pembangunan baru tapak Dewan Orang Ramai atau Pusat Komuniti hendaklah
disediakan berdasarkan Garis Panduan Perancangan dan diserahkan kepada kerajaan
oleh pemaju. Berdasarkan rekod MPKj terdapat 19 Dewan Orang Ramai dalam DUN
Balakong, 8 daripadanya telah dibina bangunan orang ramai. -
Adakah kerajaan mempunyai peruntukan bagi membangunkan dewan orang ramai ini di negeri Selangor?
i. Ada dua kaedah bagi membangunkan bangunan orang ramai di atas rizab yang
sedia ada peruntukan sendiri atau peruntukan pembangunan dari Kerajaan
Negeri.
ii. Dibina dari peruntukan Pembangunan Pejabat Daerah.