Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

107) DEWAN ORANG RAMAI DAN TAMAN PBT PERLU PENYELENGGARAN BERJADUAL

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan MPK untuk penyelenggaraan dewan orang ramai Telok Pulai?

    Peruntukan Majlis bagi tujuan penyelenggaraan kerja-kerja sivil di Dewan Orang Ramai Teluk Pulai adalah sebanyak RM180,968.00 bagi tahun 2015.

  2. Bagaimana kerajaan negeri boleh mempastikan dewan-dewan MPK diselenggara dengan baik bagi kepentingan awam?

    Pasukan untuk pembersihan dewan adalah secara ‘in house’ setiap hari. Pihak Majlis Perbandaran Klang menyediakan jadual penyelenggaraan secara berkala yang meliputi kerja-kerja pembaikan, pembersihan dewan, keselamatan dan persekitaran dewan di kesemua dewan Majlis bagi memastikan dewan-dewan MPK diselenggara dengan baik.

  3. PBT kerap mengadu tidak cukup peruntukan untuk mengurus taman permainan. Apa Peranan kerajaan negeri?

    Terdapat 891 padang permainan yang bersaiz di antara 0.2 – 4 ekar di bawah kawasan pentadbiran MPK yang mempunyai kos penyelenggaraan yang tinggi dan peruntukan kos mengurus taman permainan Majlis adalah sebanyak RM6,032,280.00 setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.