Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
178) DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek pembinaan Dewan Orang Ramai Dun Taman Templer?
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 2 perancangan pembinaan dewan orang ramai di Dun Taman Templer.
- Dewan Setia Eco : Dewan ini terletak di kawasan Setia Eco Templer di mana pemaju yang terlibat membangunkan tapak ini adalah Setia Eco Templer Sdn Bhd. Tapak dewan ini berkeluasan 1.03 ekar yang akan dilengkapi dengan kompleks komuniti 1 tingkat berserta 2 buah gelanggang badminton. Pembangunan dewan ini akan dibangunkan bersekali dengan pembangunan Rumah Selangorku (RSKU). Walau bagaimanapun, pihak MPS memohon pihak pemaju untuk menyegerakan pembangunan dewan tersebut bagi memenuhi kehendak komuniti kawasan Templer. Berdasarkan maklum balas pemaju Setia Eco Templer Sdn Bhd, kerja-kerja pembinaan dewan telah berjalan dan status kemajuan pembinaan sehingga bulan Ogos 2022 adalah 25%. Pembinaan dijangka akan siap dan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Selayang pada Julai 2023.
- Dewan/Kompleks Komuniti Bandar Baru Selayang: Dewan ini terletak di kawasan Bandar Baru Selayang bersebelahan medan selera MPS. Tapak merupakan tanah simpanan kerajaan yang boleh diakses melalui Persiaran 2. Pihak Majlis Perbandaran Selayang telah mengemukakan surat permohonan perizaban tanah kerajaan sebagai tapak dewan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan sedang menunggu keputusan pewartaan.